11 April 2011

Prudential catat RM1.021 bilion



PRUDENTIAL Assurance Malaysia Berhad (Prudential) merekodkan jumlah jualan premium tahunan setara (APE) bagi perniagaan baru termasuk jualan insurans konvensional dan takaful meningkat 24 peratus kepada RM1.021 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prudential, Charlie Oropeza, berkata syarikat ketika ini menguruskan lebih sejuta pemegang polisi dan lebih 12,000 ejen di seluruh negara.

“Bagi memberikan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya, Prudential memperuntukkan pelaburan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf cawangannya di seluruh negara menerusi pengubahsuaian dan penempatan semula cawangannya sedia ada,” katanya selepas majlis pembukaan rasmi pejabat baru Prudential di Kuantan Perdana, Pahang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...