16 October 2011

Jobs patut masih hidup: Pakar


JOBS...cuba mengelak jalani pembedahan. 

JOBS...cuba mengelak jalani pembedahan.
DR RAMZI...Jobs buat pilihan salah.
DR RAMZI...Jobs buat pilihan salah.
BOSTON: Pengasas bersama Apple Computer, Steve Jobs, mungkin masih hidup hari ini jika dia tidak mengetepikan rawatan perubatan konvensional semata-mata untuk mendapatkan rawatan alternatif.

Pakar kanser dan penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Ramzi Amri, berkata penyakit yang dideritai Jobs sebenarnya kurang berbahaya dan jarang membawa maut.

Bagaimanapun, kata Dr Ramzi, pilihan Jobs untuk mendapatkan rawatan melalui kaedah alternatif akhirnya menyebabkan dia maut walaupun sepatutnya ia boleh dielakkan.

Menulis di laman sesawang Quora, Dr Ramzi berkata, Jobs memilih mendapatkan pelbagai rawatan alternatif sebelum mengambil ubat konvensional.

“Berdasarkan keadaan itu, nampaknya boleh diandaikan pilihan Jobs akhirnya membawa kepada kematian yang tidak perlu,” katanya.

Jobs, 56, menghembus nafas terakhir minggu lalu akibat kanser pankreas di samping keluarganya.



Sijil kematian Jobs yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Awam Daerah Santa Clara menyatakan, Jobs menghidap “ketumbuhan metastatic pancreas neuroendocrine” dan tidak memerlukan bedah siasat.

Dokumen itu juga menyatakan, Jobs menghidap kanser selama lapan tahun sebelum kematiannya dan disahkan menghidap penyakit itu pada Oktober 2003.


Kata Dr Ramzi, Jobs tewas lebih awal kepada kanser kerana dia enggan menggunakan kaedah rawatan konvensional, terutama sepanjang tahun lalu ketika tubuhnya mula menunjukkan penyusutan ketara.

Pakar kanser pankreas itu menyatakan, ketika masalah kanser itu berulang, Jobs memilih untuk menumpukan perhatiannya kepada Apple walaupun sepatutnya dia menjalani kemoterapi atau rawatan konvensional lain.

Rencana diterbitkan CNN Money pula menyatakan, selama sembilan bulan - sejak dia disahkan menghidap kanser hingga sekurang-kurangnya Julai 2004 - Jobs memilih rawatan alternatif dengan harapan dia boleh mengelak daripada menjalani pembedahan.

Namun, perkembangan pantas kanser itu memaksa Jobs dibedah bagi membuang pankreas dan duodenum.

Kata Dr Ramzi, Jobs mungkin tidak memerlukan pembedahan jika dia meneruskan rawatan konvensional.

“Satu-satunya alasan untuk Jobs menjalani pembedahan itu adalah kerana ketumbuhan itu menakluki semua bahagian utama hati yang biasanya memakan masa panjang.

“Jika Jobs membuang ketumbuhan itu sebaik saja ia dikesan, dia mungkin masih sihat kini,” katanya. - DM

14 October 2011

‘Tak boleh tunggu’

myMetro bullet Setempat
Jumaat, 14 Oktober 2011


KUALA LUMPUR: “Anak saya mesti dibedah segera dan tak boleh tunggu lama lagi sebab kuman merebak cepat,” kata Johari Idris, 33, bapa bayi yang menghidap pelbagai komplikasi jantung.
Muaz Muzzamil Johari, 20 hari, antara dua bayi bermasalah jantung yang menjalani pembedahan pada Sabtu ini dan November depan selepas mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan The New Straits Press (M) Berhad (NSTP).

Johari berkata, anaknya itu menghidap empat penyakit serentak iaitu jantung berlubang, saluran arteri terbalik, sempit dan bocor.

“Semasa anak saya lahir tiada tanda Muaz sakit sehingga pada hari keempat selepas ujian sampel darah doktor mengenal pasti bayi saya menghidap penyakit berkenaan.

“Kami menunggu tiga tahun untuk mendapat anak, baru kini dikurniakan zuriat tetapi tidak sangka pula ini nasib yang diterima tetapi kami reda,” katanya ketika ditemui di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Sementara itu, Lim May Ling, 19 bulan, yang sudah dua kali menjalani pembedahan saluran pernafasan dan pemakanan pada Oktober tahun lalu bakal menjalani pembedahan ketiga, bulan depan kerana saluran injap jantungnya bocor.


Ibunya, Chen Shieh Tyng, 29, berkata, May yang hanya seberat tujuh kilogram cergas dan aktif sehingga jika dilihat dengan mata kasar, dia langsung tidak menunjukkan ciri sakit.

Kedua-dua bayi berkenaan bakal menjalani pembedahan di hospital sama dengan kos rawatan masing-masing RM60,000 dan RM34,000. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghantar cek atau wang pos kepada The New Straits Times Press (M) Bhd, Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama pesakit berkenaan di belakang cek itu.

12 October 2011

TEMPOH MENUNGGU KAD PERUBATAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL













1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.Perlindungan sertamerta.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad

4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.

Kad Perubatan PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari pertama daripada tarikh sijil Takaful.

SENARAI PENYAKIT SPESIFIK

Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit -penyakit berikut dan keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan Takaful tidak kira samada Orang yang dilindungi sedar atau tidak :

1. Batu Karang di dalam sistem urinari dan biliari.
2. Darah tinggi atau penyakit-penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
3. Diabetes mellitus.
4. Kesemua tumor, sista, polip, atau kanser.
5. Surgeri sinus, septum nasal atau tonsil.
6. Hernia, haemorhoid atau fistula.
7. Endometriosis atau Disfungsi Pendarahan Uterina

Demam Denggi Berdarah Membawa Maut




oleh Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.





Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.




Virus Denggi


Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza.


Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.



Cara Penyebaran


Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.


Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat 2 jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).



Jenis Denggi


Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu :


1. Demam denggi klasikal


Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakitotot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' ataubreakbone fever.



2. Demam denggi berdarah


Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawandan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.



Tanda/Gejala


Tanda-tanda atau gejala :


Demam denggi klasikal


Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakangmata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalamdarah menurun.


Demam denggi berdarah


Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawahkulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.



Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2 hingga 4 sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).


Rawatan


Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:


Demam denggi klasikal


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.


Demam denggi berdarah


Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.



Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.


Membawa Maut


Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :


* Mudah lebam


* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi


* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut


Sifat Nyamuk Aedes


* Gigitan pada waktu pagi dan senja (5 pagi - 8 pagi dan 5 petang - 8 malam)


* Bertelur dalam air mati yang jernih. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...