24 January 2013

Sifat-Sifat Rasulullah SAW Yang Patut Kita Contohi


Sifat-Sifat Rasulullah SAW Yang Patut Kita Contohi
Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalasan dendam.
Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.
Di antara sikap dan sifat Rasulullah SAW adalah:-
  • Paling penyabar
  • Tidak sombong
  • Tawaduk dan Tenang
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia
  • Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
  • Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
  • Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
  • Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau muhrimnya.
  • Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
  • Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
  • Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
  • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
  • Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
  • Baginda tidak memakan harta sedekah.
  • Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
  • Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
  • Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
  • Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
  • Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
  • Menyukai kebersihan dan bau-bauan
  • Menyukai jubah bulu/syamlah
  • Berkenderaan kaldai dan unta
  • Mengunjungi orang susah dan sakit
  • Memuliakan orang-orang berakhlak
  • Pembela golongan lemah dan wanita
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
  • Suka menasihati dan member tunjuk ajar
  • Berbuat baik dengan golongan bangsawan
  • Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
  • Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
  • Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
  • Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
  • Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
  • Menghindari memfitnah, mengumpat, hasad dengki dan tamak haloba.
  • Baginda ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
  • Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan nampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
  • Dan banyak lagi.
Ayuh sama2 kita contohi dan amalkan dalam kehidupan seharian kita :)

Selamat menyambut Maulidur Rasul


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

Selamat menyambut Maulidur Rasul... :)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 

[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]






LIKE --> @[102834176509441:274:Suami Isteri Bahagia]

Wasatiyyah Penghalang kepada Pelampau Kewangan


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, badan-badan kewangan antarabangsa boleh mengekang perbuatan pelampau kewangan yang menghancurkan kehidupan jutaan penduduk dunia melalui pendekatan moral dan kesederhanaan.
Perdana Menteri berkata, pendekatan itu menghasilkan pertumbuhan yang mampan dan mewujudkan keadilan sosial.
Pelampau kewangan ini adalah seperti perbuatan membuat pinjaman yang berlebihan melalui sandaran yang kecil, pertukaran kemungkiran kredit yang membingungkan dan perbuatan pinjaman subprima yang sewenang-wenangnya, katanya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global pertama.
Beliau melabelkan krisis kewangan yang dialami di seluruh dunia sebagai “salah satu peristiwa yang sangat keterlaluan” yang pernah disaksikan oleh sejarah, Persidangan itu menandakan langkah terbaharu di dalam usaha Perdana Menteri memupuk kesederhanaan sebagai penawar terhadap segala bentuk perbuatan ekstremisme atau pelampau.
Ucaptamanya termasuk pelancaran secara rasmi Yayasan Pergerakan Moderat Global, yang merupakan satu pusat mengumpul dan menyebarkan maklumat serta bahan-bahan kempen bagi menyertai usaha itu.
Najib turut mengumumkan pelan penubuhan Institut Wasatiyah sebagai sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri.
“Wasatiyah” adalah konsep yang memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan di dalam semua bentuk kehidupan.
Perdana Menteri berkata, Pergerakan Moderat Global itu perlu dipacu oleh tindakan popular dari peringkat akar umbi dan tidak diterajui oleh kerajaan melalui pendekatan dari atas ke bawah dan kedua-dua Yayasan serta Institut berkenaan akan membantu menjadikan wawasan itu sebagai satu kenyataan.
Najib berkata: “Gambaran yang diberikan kepada dunia melalui peristiwa 11 September, 2011 atau lebih dikenali sebagai 9/11 telah mengejutkan satu kehidupan satu generasi penduduk dunia serta menggugat nurani penduduk dunia secara kolektif dan sebaliknya gambaran yang dilihat di luar pejabat Lehman Brothers pada pagi September yang lain beberapa tahun selepas itu menunjukkan keadaan yang biasa.” “Seorang wanita, yang tertekan dan cemas, membawa keluar barang-barang miliknya di dalam kotak keluar dari ibu pejabat syarikat itu. Seorang eksekutif yang diaibkan, berjalan dengan pantas dan memasuki keretanya serta berlalu dengan segera.” “Pemandangan itu tiada yang luar biasa, tetapi tanpa perlu melepaskan walau satu das tembakan pun, keadaan yang ekstrem dan keterlaluan di Wall Street di dalam beberapa hari selepas itu memberikan kesan yang buruk terhadap dunia, yang seperti yang kita ketahui dari setiap perinciannya,” katanya Najib.
“Jadi, bagaimanakah kita boleh mewujudkan keadaan ekonomi global yang benar-benar sederhana demi kepentingan golongan yang banyak dan tidak yang segelintir? “Bagaimanakah boleh kita mencipta satu sistem yang memberikan keadilan terhadap kepentingan “golongan 99 peratus” dan bukan semata-mata mereka yang berada ditampuk pembuat keputusan? “Secara mudahnya, kita tidak boleh lagi membenarkan peraturan pasaran diberi kebebasan sepenuhnya. Pasaran, seperti yang kita ketahui, adalah satu-satunya laluan yang boleh membawa kepada pertumbuhan kukuh kemakmuran dan kemampanan global — tetapi kita mesti menolak penghasilan sesuatu yang tidak adil apabila ia dibiarkan tanpa diawasi dan dengan mengamalkan amalan ekonomi yang sembrono yang menghancurkan sistem kewangan global,” kata Najib.
Katanya “perbuatan membuat pinjaman yang berlebihan melalui sandaran yang kecil, pertukaran kemungkiran kredit yang membingungkan, pinjaman subprima yang sewenang-wenangnya” adalah sama seperti perbuatan mencipta satu saintis gila di mana amalan kewangan yang baharu dan tidak difahami melanda Wall Street dan menghancurkan kehidupan jutaan manusia yang menerima kesannya.” “Tetapi, bagaimana dengan nasib lelaki dan wanita, ahli perbankan dan pedagang yang melaksanakan tanggung jawab masing-masing tanpa memahami matlamat selain keperluan untuk diri mereka sendiri? “Wajah-wajah pelampau yang menghancurkan kehidupan jutaan manusia kini adalah jauh berbeza dengan pada masa lampau yang berkumis dan berjambang dan berkulit gelap serta sasa yang sebaliknya memakai suit gelap, yang duduk di kerusi empuk dan rupa wajah yang bersih,” katanya.
Najib berkata, ini berbeza dengan gambaran lampau yang telah diberitahu mengenai pelampau – dan ia juga menimbulkan persoalan yang penting: bagaimanakah rupa wajah pelampau masa kini? Bagaimanakah boleh kita mengenali mereka?
Jawapannya, ialah pelampau atau golongan ekstrem itu sendiri, seperti sikap ekstremisme itu sendiri, wujud di dalam pelbagai bentuk dan kita hanya mengenali mereka melalui tindak tanduk masing-masing.” Berlatarbelakangkan gambaran itulah, Perdana Menteri telah merayu supaya sikap kesederhanaan dijadikan satu pendinding bagi menewaskan golongan ektremisme atau pelampau.
“Perbuatan penindasan dan kezaliman hanya akan berjaya apabila golongan yang prihatin terhadap kesengsaraan orang lain berpeluk tubuh, enggan menjadikan apa yang dicakapkan sebagai satu tindakan yang berkesan,” katanya. — BERNAMA

09 January 2013

New Baby Born

Alhamdulillah...bayi perempuan Jazimah & Muhammad Irfan selamat dilahirkan. Syukur kehadrat Mu Ya Allah kerana mengurniakan kami dengan cahaya mata yang indah tidak ternilai. Semoga limpahan nikmat dan rahmat dari Mu memberi seribu keinsafan pada diri hamba Mu ini Ya Allah Ya Rabbal alamin... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...