Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur. Saya pecahkan maklumat dalam page ini kepada 2 bahagian iaitu :
- Penerangan umum Pelan Takafulink
- Manfaat-Manfaat dalam pelan Takafulink
PENERANGAN UMUM PELAN TAKAFULINK
Bagaimana pelan TAKAFULINK ini dapat memberi perlindungan kewangan kepada anda dengan ciri-cirinya yang fleksibel*?
*tertakluk kepada terma dan syarat
- Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya, tanpa menjejaskan sumbangan anda.
- Tingkat perlindungan takaful anda dengan menambah pelbagai manfaat tambahan seperti pampasan sakit kritikal, pampasan kemalangan, pembiayaan kos rawatan perubatan, hilang upaya dan pelbagai manfaat tambahan lain.
- Pelan ini juga membolehkan anda mewujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana2 dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan medapat pulangan yang lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan simpan di bank.
- Pelan ini juga membolehkan anda menukar pelaburan anda di antara mana2 dana Takafulink pada bila2 masa dan jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM 1,000.
- Anda juga boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa tanpa menunggu tempoh matang untuk keperluan anda. Pengeluaran minimum adalah RM 500. Kemudahan ini boleh dibuat sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang2nya RM1,000.
- Sijil ini melayakkan anda untuk menerima pengeculian cukai individu sehingga RM 7,000 setahun.
Memenuhi Keperluan Simpanan Anda
Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih.
Sumbangan ini diagihkan mengikut tahun sijil dan peratusan yang tertentu seperti di bawah.
Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun dan ke atas. Untuk tempoh yang kurang dari 20 tahun, ia akan ditingkatkan dengan sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil takafulink anda untuk keterangan lebih lanjut.
Terdapat 3 pilihan dana Takafulink yang anda boleh pilih bagi memenuhi keperluan simpanan anda.
1. Takafulink Dana Bon
Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin
melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
2. Takafulink Dana Urus
Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan di dalamjangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berasaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
3. Takafulink Dana Ekuiti
Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
4. Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan
melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah
sekitarnya. Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang
Siapakah yang layak untuk mengambil pelan Takafulink ni?
Sesiapa yang berumur antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda juga boleh mengambil pelan ini untuk anak2 anda yang berumur di bawah 18 tahun.
Lebihan Dana Perlindungan (Tabarru') & Perkongsian Keuntungan Pelaburan
Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut.
Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30.
Caj-caj yang dikenakan.
Takafulink adalah berdasarkan Model Wakalah di mana PruBSN akan menolak Caj Wakalah dari sumbangan sebelum ianya diagih/dikreditkan ke dalam PUA, ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk kepada
jadual berikut:
Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, PruBSN akan mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukkan peratusan yang lebih tinggi ke dalam akaun PUA dan ISA anda.
Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran.
Lain-lain caj termasuk:
- Caj Perkhidmatan
- Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
- RM5 dibayar setiap bulan. - Caj Pengurusan Aset
Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan
bagi PUA dan IUA.
- Caj ini dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana yang sepadan dan akan dikemukakan di dalam harga unit.
- Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan:
Yuran dan caj mungkin berubah dari masa ke semasa di mana tempoh notis
90 hari akan diberi.
- Caj Pengurusan Risiko - 30% daripada Tabarru’ Kasar akan ditolak setiap bulan untuk caj pengendalian Dana Tabarru’.
- Tabarru'
- Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut.
- Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.
Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :
A- Participant Unit Account (PUA)
(Rujuk manfaat No.1 dan No.2)
B- Individual Special Account (ISA)
(Rujuk manfaat No.3 hingga No.15)
C- Investment Unit Account (IUA)
(Rujuk manfaat No.16)
Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.
1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
- Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
- Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
- Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
- Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)
- Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
- Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaatmedical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .
- Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
- Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
- Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
- Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.
- Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
- Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
- Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered(manfaat no. 1)
- Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
- Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
- Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
- Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
- Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
- Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.
8- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
- Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
- 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
9- Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
- Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Takaful Health)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
10- Annual Limit Waiver (Special...)
- Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
- Sebagai contoh, plan TH 200 (lihat Takaful Health utk lebih details) , had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.
- Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
- Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 74,000. Utk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000, i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)...PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500)....masih lagi berbaloi2. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
- Kalau ada yang kurang jelas penerangan di atas nie, boleh hubungi saya : muhammadirfan@prupartner.com.my
- Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
- Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-12)
- Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
- Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
- Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
- 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
- Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
- Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.
- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
- Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
- Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
- Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
- Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)
13- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
- Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
- Boleh rujuk sini.
- Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
- Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
- Sedikit penerangan ringkas...
- Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
- Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
- Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....
- Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita. Untuk testimoni client yang boleh masuk sini : TESTIMONIAL . Sila rujuk testimoni ke-2.
- Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
- Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
- Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"
- Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
- Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
- Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.
- Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
- Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.
- Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.
- Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun.
- Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :
- Untuk Akaun PUA (Participant Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan baki perlu ditinggalkan dalam akaun adalah RM 1,000.
- Untuk Akaun IUA (Investment Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan tiada syarat baki minimum yang perlu ditinggalkan dalam akaun. Akan tetapi sekiranya baki nilai tunai dalam akaun IUA kurang dari RM 500, client perlu membuat pengeluaran semua sekali duit yang ada dalam akaun IUA.
- Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
No comments:
Post a Comment