Sumbangan
Semua pengendali takaful yang memberikan perlindungan kepada sesuatu harta yang sama akan berkongsi membayar pampasan untuk kerosakan terhadap harta tersebut. Dengan cara ini, seseorang itu tidak boleh "memperolehi keuntungan" dengan membeli lebih daripada satu pelan takaful untuk harta yang sama.
Indemniti
Meletakkan si penuntut kepada kedudukan kewangan yang sama sejurus sebelum kerugian berlaku melalui bayaran, pembaikan atau penggantian.
Kepentingan boleh insurans
Merupakan salah satu asas prinsip takaful yang memerlukan peserta berkepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan, di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan, akan mengakibatkan kerugian kewangan kepada peserta tersebut.
Penuh percaya mutlak
Salah satu prinsip asas takaful yang memerlukan peserta mendedahkan semua fakta penting kepada pengendali takaful berkenaan kontrak takaful. Ini bertujuan untuk membolehkan pengendali takaful membuat keputusan sama ada untuk memberikan perlindungan takaful tersebut dan menentukan amaun sumbangan takaful.
No comments:
Post a Comment