30 September 2011

myMetro | PruBSN tampil tiga pelan Link Siri

myMetro | PruBSN tampil tiga pelan Link Siri

PruBSN tampil tiga pelan Link Siri


PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN), komited untuk menjadi peneraju dan terus meraih bahagian pasaran yang lebih besar dalam segmen takaful terutama menerusi pengenalan produk terbarunya, PruBSN Link Siri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, PruBSN menguasai kira-kira 26 peratus pasaran takaful pada suku pertama dan menyasar untuk menjadi pengendali takaful nombor satu di Malaysia.


Katanya, PruBSN Link Siri dijangka menjadi pilihan kepada mereka yang masih mencari pelan perlindungan dan pelaburan komprehensif mengikut bajet pelanggan malah ia produk inovatif yang mempunyai tiga pelan unik iaitu SmartLink, FirstLink, dan TakafulLink.

“PruBSN First Link adalah satu pelan takaful sumbangan berkala berkaitan pelaburan khusus untuk individu berumur dari 18 hingga 25 tahun dan produk ini juga memberi peserta kebebasan untuk mengubah suai pelan bagi memenuhi keperluan gaya hidup mereka yang sentiasa berubah.


“Selain itu, pelan ini juga menyediakan ganjaran keraian pencapaian seperti perkahwinan, pembelian rumah baru, menyambut kelahiran anak atau menunaikan haji atau umrah sebanyak RM500 melalui bonus AchieveFirst,” katanya di majlis pelancaran PruBSN First Link di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Ketua Penyelidikan Produknya, Zailan Arshad.


Azim berkata, PruBSN SmartLink dan TakafulLink pula adalah peningkatan kepada pelan TakafulLink Cerdik dan TakafulLink yang mana PruBSN SmartLink adalah pelan yang direka untuk menyediakan perlindungan dan dana pendidikan bagi peserta dengan pembayaran tertentu melalui bonus EduSmart.

Manakala PruBSN TakafulLink, adalah pelan pelaburan dan perlindungan komprehensif sesuai untuk individu berumur antara 26 dan 70 tahun.


Menurutnya, PruBSN menambah kejayaannya sebagai peneraju pasaran dalam produk berkaitan pelaburan dengan pelan terbabit yang sesuai dengan gaya hidup serta keperluan kewangan individu.

Beliau berkata, itu juga menjadikan PruBSN yang pertama dan satu-satunya pengendali takaful di pasaran yang menyediakan manfaat unik sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...