13 December 2011

Model Takaful: Mudharabah & Wakalah

Model Takaful

Terdapat tiga model dan beberapa variasi bagaimana takaful boleh dilaksanakan.
  1. Model Mudharabah (Perkongsian keuntungan)
  2. Model Wakalah (Agensi)
  3. Kombinasi Kedua-duanya
Pengendali takaful merupakan pentadbir dana dan menguruskan dana bagi pihak peserta atas kepercayaan yang diberikan, dan kontrak antara peserta dengan pengendali ditetapkan berdasarkan kontrak mudharabah atau wakalah.
Mudharabah memberikan hak kepada pihak pemegang kontrak untuk berkongsi keuntungan, manakala tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta; dan di bawah model wakalah, pengendali takaful dibayar fi untuk perkhidmatan yang diberikan, manakala tanggungjawab atas kerugian ditanggung oleh peserta. Fi mungkin berbeza-beza berdasarkan prestasi pengendali takaful. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada keuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful.

Model Wakalah

Pada dasarnya, konsep wakalah ialah hubungan ejen-prinsipal, dengan pengendali takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta dan menerima bayaran fi atas perkhidmatan yang diberikan. Fi tersebut boleh dalam bentuk jumlah yang tetap atau berdasarkan nisbah yang dipersetujui daripada keuntungan pelaburan atau lebihan dana takaful.

Model Mudarabah

Di bawah kontrak mudharabah, pengendali takaful bertindak sebagai mudharib (pengusaha) dan peserta sebagai rabbul mal (pemilik modal). Kontrak ini menentukan bagaimana lebihan daripada operasi takaful dibahagikan antara pengendali takaful dengan peserta. Kerugian adalah ditanggung oleh peserta sebagai pemilik modal. Walau bagaimanapun, untuk melindungi kepentingan peserta, pengendali takaful perlu mematuhi peraturan kehematan termasuk peruntukan pinjaman tanpa faedah oleh pengendali untuk dana risiko takaful sekiranya terdapat kekurangan dalam dana risiko takaful.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...