13 December 2011

Melindungi Anda Dan Keluarga

Program Pendidikan Pengguna (PPP) tentang insurans dan takaful yang dikenali sebagai InfoInsurans adalah usahama di antara Bank Negara Malaysia serta industri insurans dan takaful. InfoInsurans adalah merupakan program jangka panjang untuk memberikan maklumat pendidikan bagi membolehkan pengguna membuat keputusan berdasarkan maklumat yang jelas apabila membeli produk insurans atau takaful. InfoInsurans bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan pengguna dalam membuat keputusan yang tepat apabila memilih produk insurans atau takaful yang paling sesuai dengan keperluan masing-masing serta memahami hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna produk dan perkhidmatan insurans dan takaful.
InfoInsurans bertujuan untuk:

menyedia dan menyebarkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan insurans dan takaful, terma dan syarat penting termasuk pengecualian di dalam polisi, serta hak dan tanggungjawab pengguna, secara jelas dan mudah;

memberikan panduan yang berguna kepada pengguna apabila membuat keputusan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan insurans dan takaful;

memberikan panduan yang berguna kepada pengguna apabila membuat keputusan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan insurans dan takaful;

menasihatkan pengguna tentang cara-cara mencari jalan penyelesaian sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan syarikat insurans atau pengendali takaful.
Berikut ialah di antara saluran-saluran maklumat bagi InfoInsurans:

melalui siri buku kecil tentang produk dan perkhidmatan umum, yang boleh didapati di cawangan-cawangan tertentu syarikat insurans dan pengendali takaful. Buku-buku kecil tersebut merangkumi topik yang luas seperti berikut:
- Maklumat Am
- Insurans Am
- Insurans Hayat
- Takaful Am
- Takaful Keluarga     

melalui laman web www.insuranceinfo.com.my iaitu saluran utama yang memberikan maklumat kepada anda tentang produk dan perkhidmatan insurans dan takaful, isu-isu semasa dan perkara-perkara lain. Laman web ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa bagi memastikan anda mendapat maklumat yang mencukupi dan terkini.

melalui rencana yang akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
                      
Beberapa inisiatif sedang dirancang untuk terus meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan pengguna tentang perkara-perkara berkaitan insurans dan takaful. Inisiatif ini termasuk:

menyediakan anda dengan maklumat tentang berbagai-bagai produk dan perkhidmatan, termasuk hak dan obligasi anda berhubung dengan produk dan perkhidmatan berkenaan;

menganjurkan aktiviti untuk menyebarkan maklumat bagi memperluaskan lagi liputan program; dan

menjalankan program-program untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan kumpulan pengguna tertentu seperti para pelajar dan mereka yang baru memasuki alam pekerjaan.
Dengan adanya maklumat yang lebih banyak dan kefahaman yang lebih baik tentang insurans dan takaful, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik dalam memilih produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang paling sesuai dengan keperluan anda. Mengetahui hak dan tanggungjawab anda di bawah kontrak polisi juga akan memudahkan anda membuat tuntutan insurans secara berkesan dan mencari jalan penyelesaian melalui saluran yang betul sekiranya terdapat pertikaian dengan syarikat insurans atau pengendali takaful anda. Sebagai pengguna yang lebih berpengetahuan dan aktif, anda akan membantu dalam membentuk industri insurans dan takaful yang lebih efektif dan efisien.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...