17 June 2011

MRTA VS TAKAFULINK


Untuk info anda semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Dengan kata lain, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal, MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA

  1. Bayaran lump sum (sekali gus).
  2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
  3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
  4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman samada 30 tahun, 25 tahun etc
  5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
  6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
  7. Tiada nilai tunai.
Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Bukan umur je faktor harga MRTA mahal, jikalau anda bekerja dalam pekerjaan yang berisiko pun akan ada kenaikan harga. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi.


Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Ciri-Ciri Takafulink

  1. Bayaran secara berkala (regular), tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakanfaedah oleh bank.
  2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atausehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
  3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman. Contoh: sekarang sum assured kita 300,000 tapi kita boleh upgrade/tambah ke 500,000 terpulang kepada kita.
  4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
  5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
  6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
  7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkandisebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%.

sila hubungi 
Muhammmad Irfan
012-3491560
atau
Jazimah
012-6696054

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...