19 February 2011

Kenapa terlalu lewat apabila bersara nanti?


Premium (bayaran bulanan) akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Permohonan insurans anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit.
Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP tetapi adalah lebih baik jika insurance membayar bill hospital anda dan duit simpanan anda tidak digunakan.

*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan medical kad. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh Prudential. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad? Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30K setahun untuk bil medikal mereka.

Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil medikal kad? Mereka menjawab “Selama ini, klinikal, pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetes saya RM70K semua dibayar oleh syarikat”

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...