Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
REMBAU: Seorang ibu kepada lima anak di Kampung Sungai Layang, dekat sini, buntu memikirkan kos pembedahan anaknya yang menghidap penyakit salur jantung terbalik sejak dilahirkan.
Noraini Akin, 37, berkata anak bongsunya itu Muhammad Nazrul Zaquan Adha Mohd Zahid, 2, mengalami masalah salur jantung terbalik sehingga menjejaskan perkembangannya seperti kanak-kanak lain.
Menurutnya, walaupun sudah menjangkau usia dua tahun, anaknya itu tidak mampu berjalan dan mengalami kebiruan di jari kaki dan tangan dan perlu menjalani rawatan susulan tiga bulan sekali di hospital.
Menurutnya, masalah anaknya sudah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dan akan menjalani pembedahan bulan depan kerana anaknya itu didiagnosis memiliki dua lubang di salur jantungnya yang boleh membahayakan nyawa.
“Kos pembedahan sebanyak RM15,000 dan kami hanya perlu membayar RM4,000 bagi memastikan pembedahan ini dapat dijalankan. Buat masa ini, saya sudah mendapat bantuan RM1,000 dari Baitulmal dan wang sedia ada belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos,” katanya.
Noraini berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan kurang RM500 sebulan serta perlu menanggung tiga lagi anak yang masih bersekolah. menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga amat sukar.
“Dua anak perempuan saya masing-masing berumur sembilan dan 11 tahun mengalami masalah lembam dan bersekolah di kelas khas. Kami anak beranak menumpang tinggal di rumah orang tua kerana tidak mampu menyewa rumah,” katanya yang turut mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400.
Noraini berharap, ada pihak prihatin dengan masalah dihadapi dan membantu meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya untuk menampung kos pembedahan anaknya.
“Sebelum ini, doktor ada memberitahu tiga atau empat tahun lagi anak saya perlu menjalani pembedahan jantung dengan kos pembedahan sebanyak RM60,000 tetapi buat masa ini anak saya perlu dibedah segera kerana terdapat lubang di salur jantung,” katanya.
Sumbangkan boleh disalurkan ke akaun Noraini Akin, Bank Simpanan Nasional 0530041000045803.
Noraini Akin, 37, berkata anak bongsunya itu Muhammad Nazrul Zaquan Adha Mohd Zahid, 2, mengalami masalah salur jantung terbalik sehingga menjejaskan perkembangannya seperti kanak-kanak lain.
Menurutnya, walaupun sudah menjangkau usia dua tahun, anaknya itu tidak mampu berjalan dan mengalami kebiruan di jari kaki dan tangan dan perlu menjalani rawatan susulan tiga bulan sekali di hospital.
Menurutnya, masalah anaknya sudah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dan akan menjalani pembedahan bulan depan kerana anaknya itu didiagnosis memiliki dua lubang di salur jantungnya yang boleh membahayakan nyawa.
“Kos pembedahan sebanyak RM15,000 dan kami hanya perlu membayar RM4,000 bagi memastikan pembedahan ini dapat dijalankan. Buat masa ini, saya sudah mendapat bantuan RM1,000 dari Baitulmal dan wang sedia ada belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan kos,” katanya.
Noraini berkata, suaminya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan kurang RM500 sebulan serta perlu menanggung tiga lagi anak yang masih bersekolah. menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga amat sukar.
“Dua anak perempuan saya masing-masing berumur sembilan dan 11 tahun mengalami masalah lembam dan bersekolah di kelas khas. Kami anak beranak menumpang tinggal di rumah orang tua kerana tidak mampu menyewa rumah,” katanya yang turut mendapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400.
Noraini berharap, ada pihak prihatin dengan masalah dihadapi dan membantu meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya untuk menampung kos pembedahan anaknya.
Sumbangkan boleh disalurkan ke akaun Noraini Akin, Bank Simpanan Nasional 0530041000045803.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28
Terbaik...
ReplyDelete