22 October 2012

Pelan takaful untuk anak belum lahir


http://www.hmetro.com.my/articles/Pelantakafuluntukanakbelumlahir/Article/



PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) (www.prubsn.com.my) perkenal PruBSN SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi masa depan anak sebelum dilahirkan.
Ketua Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, produk itu dibangunkan berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak berusia satu hingga 18 tahun.

Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20 minggu kehamilan dan layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun.


“Aspek lain ialah kami menjalin usaha sama dengan organisasi ‘stem life’. Perkhidmatan ini baik untuk pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran PruBSN SmartLink yang ditambah baik di Sepang, kelmarin.

Pelanggan yang memilih PruBSN Smartlink dengan ‘Extra Basic’ akan memperoleh perlindungan tambahan meliputi manfaat belas kasihan RM2,000 untuk janin dan RM5,000 untuk ibu dalam tempoh 60 hari melahirkan anak.


“Jika bayi sakit, kami menyediakan penjagaan hospital RM300 sehari di Unit Rawatan Rapi selama 30 hari di hospital terpilih,” katanya.



Menurutnya, ibu bapa yang mahu memaksimumkan perlindungan, boleh menambah tanggungan ‘Baby Care’ bagi melanjutkan perlindungan mulai tempoh kehamilan sehingga 60 hari selepas bersalin.

“Perlindungan ini tidak menghadkan jumlah kelahiran selagi ibu yang hamil itu berusia bawah 46 tahun. Pelanggan mendapat RM300 selepas tahun kedua anak dilahirkan, menerusi Bonus Imunisasi,” katanya. - Bernama


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/08

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...