JOBS...cuba mengelak jalani pembedahan.
DR RAMZI...Jobs buat pilihan salah.
Pakar kanser dan penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Ramzi Amri, berkata penyakit yang dideritai Jobs sebenarnya kurang berbahaya dan jarang membawa maut.
Bagaimanapun, kata Dr Ramzi, pilihan Jobs untuk mendapatkan rawatan melalui kaedah alternatif akhirnya menyebabkan dia maut walaupun sepatutnya ia boleh dielakkan.
Menulis di laman sesawang Quora, Dr Ramzi berkata, Jobs memilih mendapatkan pelbagai rawatan alternatif sebelum mengambil ubat konvensional.
“Berdasarkan keadaan itu, nampaknya boleh diandaikan pilihan Jobs akhirnya membawa kepada kematian yang tidak perlu,” katanya.
Jobs, 56, menghembus nafas terakhir minggu lalu akibat kanser pankreas di samping keluarganya.
Sijil kematian Jobs yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Awam Daerah Santa Clara menyatakan, Jobs menghidap “ketumbuhan metastatic pancreas neuroendocrine” dan tidak memerlukan bedah siasat.
Dokumen itu juga menyatakan, Jobs menghidap kanser selama lapan tahun sebelum kematiannya dan disahkan menghidap penyakit itu pada Oktober 2003.
Pakar kanser pankreas itu menyatakan, ketika masalah kanser itu berulang, Jobs memilih untuk menumpukan perhatiannya kepada Apple walaupun sepatutnya dia menjalani kemoterapi atau rawatan konvensional lain.
Rencana diterbitkan CNN Money pula menyatakan, selama sembilan bulan - sejak dia disahkan menghidap kanser hingga sekurang-kurangnya Julai 2004 - Jobs memilih rawatan alternatif dengan harapan dia boleh mengelak daripada menjalani pembedahan.
Namun, perkembangan pantas kanser itu memaksa Jobs dibedah bagi membuang pankreas dan duodenum.
Kata Dr Ramzi, Jobs mungkin tidak memerlukan pembedahan jika dia meneruskan rawatan konvensional.
“Satu-satunya alasan untuk Jobs menjalani pembedahan itu adalah kerana ketumbuhan itu menakluki semua bahagian utama hati yang biasanya memakan masa panjang.
“Jika Jobs membuang ketumbuhan itu sebaik saja ia dikesan, dia mungkin masih sihat kini,” katanya. - DM
No comments:
Post a Comment