28 June 2012

LANGKAH-LANGKAH PEMBAYARAN ONLINE

Langkah-Langkah Pembayaran Secara ONLINE . Contoh saya tunjuk di Maybank2U.

maybank2u-1

Langkah 1 :Daftar untuk register payment dan Pilih Bill Payment.

Langkah 2 :Pilih Add favorite payees



Langkah 3 :Pilih Corporation name “ Prudential BSN Takaful Berhad”

Langkah 4: Isi Policy No – ikut number di medical card.
Isi Bill Account Holder Name – ikut nama penuh di medical card.
DONE!!!

Antara bank yang telah menyediakan pembayaran secara online :-
 

INSURAN UNTUK SIAPA DAHULU

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN INSURAN?
Ini adalah perbualan ringkas seorang agen insurans dan prospek:-
En. A   : Saya nak ambil insurans.
Agent  : Untuk diri sendiri atau anak-anak encik?
En. A   : Untuk diri sendiri, anak-anak kemudian kut...
Belum sempat agen tersebut buka bicara mengenai produk, En. A sambung lagi.
En. A  : Saya bukan taknak ambil untuk anak-anak, tapi buat masa ni belum ada kemampuan lagi. Lagipun kalau anak-anak jatuh sakit, saya boleh kerja siang malam tanpa henti untuk cari duit bayar kos perubatan untuk anak. Saya boleh pinjam sana-sini, saya boleh buat macam-macam. Tapi bagaimana kalau saya yang tiba-tiba jatuh sakit??
Boleh anak-anak saya yang masih kecil-kecil tu cari duit untuk tanggung kos perubatan saya?? Nanti bila saya mempunyai kemampuan, saya akan ambil insurans untuk semua ahli keluarga saya.


Ini adalah antara situasi benar yang sering berlaku, namun masih ada ibu bapa yang tidak menyedari hakikat tersebut. Ada ibu bapa yang lebih mementingkan anak-anak mempunyai insurans terlebih dahulu dengan alasan risau anak-anak jatuh sakit, tetapi bagaimana dengan diri sendiri?? Adakah ibu bapa tidak mempunyai risiko jatuh sakit??

Insurans penting untuk kita menghadapi situasi di luar jangkaan. Di samping itu, ianya juga berfungsi untuk menjaga simpanan kewangan kita selama ini supaya tidak hangus semuanya digunakan untuk membiayai kos perubatan sahaja.
Sekiranya kita masih belum mempunyai kemampuan untuk mengambil insurans untuk semua ahli keluarga, fikir-fikirkanlah siapa dahulu di kalangan ahli keluarga yang lebih penting untuk dilindungi oleh insurans.

APA YANG ANDA PERLUKAN

Mengapakah anda perlukan perlindungan insurans?

Sebenarnya bukan semua orang yang perlukan perlindungan insurans.Bagi sesetengah orang yang mempunyai kewangan yang kukuh, kita boleh katakan mereka ini tidak perlukan perlindungan insurans. Insurans ialah untuk melindungi kewangan anda daripada habis dengan serta-merta.


Bagaimana wang anda boleh habis serta merta?

Pernahkah anda lihat orang menghabiskan wang di hospital? Ada yang terpaksa mengeluarkan wang simpanan yang telah bertahun-tahun dibuat untuk membayar kos rawatan. Hanya dalam sekelip mata wang tersebut habis!
Anda tidak akan tahu selagi kes-kes sebegini tidak berlaku ke atas diri anda. Mungkin selama ini anda hanya melihat ia hanya berlaku ke atas orang lain. Bolehkah anda dapat mengagak berapa peratuskah kemungkinan yang ia boleh berlaku ke atas anda. Dengan risiko penyakit yang semakin pelik sekarang, anda sebenarnya perlu bersedia!

Bayangkanlah sekiranya anda memerlukan perbelanjaan perubatan sebanyak RM 10,000.00 dengan serta merta!

Di mana anda nak dapatkan... guna duit simpanan?

Itu kalau ada simpanan... Kalau anda mempunyai wang simpanan tentu anda terpaksa mengeluarkannya untuk menanggung kos perubatan anda. Kadang-kadang wang simpanan tersebut sudah lama disimpan. Mungkin untuk sebarang kegunaan lain. Mungkin untuk kegunaan dihari tua sebagai persediaan untuk persaraan. Mungkin juga untuk menunaikan haji.

Jadi, kalau boleh janganlah guna wang simpanan anda. Biar kami yang uruskan kos perubatan anda.

Buat pinjaman?

Pinjam dari siapa? Kawan... Bank... Along.. Itu kalau ada yang boleh bagi... selalunya bila pinjam mestilah kena bayar balik. Bagaimana anda nak bayar balik kalau anda dah sakit dan tak boleh bekerja lagi. Siapa yang boleh bagi pinjam kalau dengan keadaan kita yang belum tentu boleh bayar balik.

Jual harta benda?

Tindakan anda kurang bijak jika menjual harta untuk nak dapatkan wang dengan serta merta. Itu pun kalau anda mempunyai harta yang banyak. Ramai yang boleh mengambil kesempatan dari kesempitan anda. Sebenarnya perkara ini biasa berlaku. Ada orang yang terpaksa jual kereta untuk menanggung kos perubatan hospital.

Itu baru RM 10,000.00 bagaimana kalau RM 30,000.00 atau RM 40,000.00... Dengan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat anda tentu perlu bersedia... Tidak ada seorang pun yang boleh menjamin dia akan hidup sihat sehingga tua...

Sekiranya anda sanggup meluangkan sedikit masa menunggu di pintu-pintu hospital anda pasti tahu betapa ramai orang yang dimasukkan ke wad setiap hari... jadi di sinilah anda perlu mencari satu pelan perancangan kewangan untuk masa depan!

APA YANG ANDA FIKIRKAN

Apakah perkara pertama yang anda fikirkan tentang insurans/takaful?

Apabila disuruh membuat keputusan sekarang, kebanyakan orang akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Insurans? Saya belum terfikir lagi untuk membeli insurans”.

Saudara… untuk membeli insurans, anda sebenarnya PERLU BERFIKIR... ADAKAH ANDA MASIH LAYAK! Ini disebabkan dari pengalaman saya, ramai di kalangan kita sangat-sangat memerlukan insurans apabila mereka sudah tidak layak lagi untuk membeli insurans!

Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda belum perlukan insurans. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.

Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans/takaful itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan insurans atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9000.00? Itu adalah kos semasa pada masa sekarang. Bagaimana dengan kos pada masa akan datang. 5 atau 10 tahun lagi...

Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?

Mungkin anda ada alternatif sendiri...

Menggunakan simpanan sendiri?

Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera! Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama.


Menjual harta benda?

Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?

Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah. Sudah tentu anda akan mengalami sedikit kerugian dan sudah tentu pula akan ada orang yang akan mengambil kesempatan bermain harga dengan anda.

Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?

Memohon pinjaman?

Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?

Adakah anda mempunyai kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal? Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?

Meminta derma?

Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?

Anda tentu pernah melihat iklan-iklan meminta derma dari orang ramai tak kiralah di tv atau akhbar-akhbar harian.

Apa lagi yang anda fikirkan?

Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.

Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.

27 June 2012

Sayangi jantung anda


PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.

"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.

Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.

Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.

Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.

Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?

Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.

Soalan

Walaupun mempunyai jadual tugas yang sibuk, Datuk tetap memainkan peranan aktif untuk menggerakkan kempen Go Red for Women di Malaysia sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Mengapa?

Jawapan

Sebagai ahli Persekutuan Jantung Dunia, YJM ingin memainkan peranan dalam usaha menonjolkan penularan penyakit jantung di kalangan wanita. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya berpendapat bahawa kesihatan jantung di kalangan wanita patut diberi lebih perhatian.

Wanita menjaga semua orang di keliling mereka, tetapi mereka sering mengabaikan diri mereka sendiri dalam proses menjaga orang lain.

Kempen antarabangsa Go Red for Women bertujuan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan wanita dengan meningkatkan kesedaran global dan komitmen kepada CVD di kalangan wanita.

Soalan

Bukankah penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita?

Jawapan

Pada umumnya, penyakit jantung memang dianggap menyerang kebanyakan lelaki, malah pakar penjagaan kesihatan profesional sendiri memberi lebih tumpuan kepada lelaki daripada wanita.

Salah tanggapan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita perlu mendidik orang ramai amnya dan wanita Malaysia khususnya, tentang serangan penyakit jantung di kalangan wanita.

Seorang dalam setiap empat wanita Malaysia mati akibat penyakit jantung yang juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita. Kematian akibat sakit jantung adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada kematian akibat semua penyakit kanser. Malah, dari tahun 1990 hingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 135 peratus.

Soalan

Mengapa kadar kematian wanita yang disahkan sakit jantung begitu tinggi?

Jawapan

Biasanya saiz wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Ini menyukarkan rawatan, terutamanya apabila menggunakan kaedah angioplasti dan pembedahan bypass kerana saluran darah adalah lebih kecil.

Soalan

Apakah punca utama penyakit jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko penyakit jantung adalah sama di kalangan lelaki dan wanita. Faktor yang paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ini adalah Diabetes Mellitus, yang turut dikenali dengan risiko bersamaan kardiovaskular.

Ini bermakna, sekiranya anda merupakan pesakit diabetes, besar kemungkinan anda mempunyai penyakit jantung. Selain itu, obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung.

Tambahan pula, risiko CVD di kalangan wanita menjadi lebih tinggi apabila usia mereka meningkat, disebabkan perubahan fisiologi yang dikaitkan dengan usia pertengahan dan menopaus, iaitu perlindungan semula jadi mereka daripada penyakit jantung.

Estrogen berkurangan apabila putus haid. Namun, wanita lebih muda juga perlu menjaga kesihatan jantung mereka.

Soalan

Saya dapat tahu kesedaran terhadap gejala awal serangan jantung boleh menyelamatkan nyawa. Apakah gejala jelas yang menandakan serangan jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko di kalangan wanita adalah sama seperti lelaki, tetapi wanita yang mengalami serangan jantung mungkin tidak menunjukkan tanda amaran seperti lelaki. Angina atau lebih dikenali sebagai sakit dada, adalah tanda amaran awal serangan jantung.

Anda akan rasa himpitan dalam dada secara mendadak yang kemudian merebak ke lengan.

Ini adalah kerana jantung anda tidak mendapat cukup oksigen disebabkan pengumpulan plak dalam arteri jantung. Selain daripada itu, anda akan merasa sakit di bahagian rahang, bahagian depan leher dan juga lengan, terutamanya lengan kiri, kadang-kala sakit pada kedua-dua lengan dalaman. Gejala-gejala yang lain termasuk sukar bernafas dan keletihan.

Soalan

Seperti yang sering dikatakan, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, soalan penting ialah bagaimana saya, sebagai seorang wanita, boleh mencegah serangan jantung?

Jawapan

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara sederhana setiap hari selama 30 minit. Makan secara sederhana dan ambil makanan yang sihat untuk jantung.

Pilih makanan serat tinggi dan rendah lemak dan kurangkan pengambilan garam. Satu lagi langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan ialah berhenti merokok, kerana merokok merosakkan jantung dan saluran darah.

Kawal tekanan darah dan tahap kolesterol andadan ketahui sejarah keluarga anda sama ada terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung dalam usia muda (bawah usia 55 tahun bagi lelaki dan bawah usia 65 tahun bagi wanita).

Ini seharusnya memberi isyarat amaran awal untuk anda memberi lebih perhatian kepada kesihatan jantung anda.

ED simptom awal sakit jantung


MATI pucuk atau istilah perubatannya dysfunctional erection (ED) keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu dan sukar mencapai atau mempertahankan ejakulasi dalam tempoh lama.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak puas dan tertekan dengan kehidupan seksual.

Laporan terkini yang dikeluarkan Pfizer menunjukkan lebih 150 juta lelaki di seluruh dunia mengalami ED.

Jumlah itu mampu bertambah dua kali ganda menjelang 2025.

Manakala di Asia, bilangannya dijangka mencecah kira-kira 200 juta lelaki pada tahun sama.

Di Malaysia pula, kaji selidik Kesihatan Seksual dan Kesihatan Keseluruhan Asia Pasifik (AP SHOW) yang turut dijalankan Pfizer membuktikan 62 peratus lelaki tidak berpuas hati dengan kehidupan seksual.

Sementara 40 peratus lagi mengalami ketegangan separuh matang atau suboptimal erction.

Pengarah Perubatan Pfizer, Dr. Vicknesh Wellupillai berkata, ED adalah simptom awal bagi penyakit kardiovaskular dan lazimnya ia berlaku seiring dengan kencing manis, hipertensi, kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

Justeru tegasnya, ia perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelak bertukar menjadi penyakit kardiovaskular dalam jangkamasa kira-kira tiga tahun.

Bagaimanapun, jelasnya, kebanyakan penghidap ED tidak mendapatkan khidmat nasihat pakar atau mendapatkan rawatan. Mereka membiarkan masalah itu berlaku kerana kebimbangan dari segi psikologi.

Menurut Vicknesh, menyedari hakikat itu dan bahaya ED, Pfizer Malaysia dan pusat gimnasium, Celebrity Fitness bekerjasama menganjurkan kempen Make A Stand bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan mengenai ED.

Katanya, melalui kempen itu, golongan lelaki akan ditawarkan maklumat terperinci berhubung ED, cara mengesannya lebih awal dan keperluan mendapatkan nasihat doktor jika mengalami gejala berkenaan atau suboptimal erection.

Vicknesh memberitahu, Make A Stand akan diadakan di cawangan terpilih Celebrity Fitness di seluruh negara.

Proses pemeriksaan dan khidmat nasihat akan dilakukan dalam bilik persalinan lelaki pusat kecergasan tersebut serta dilengkapi modul yang mudah difahami peserta.

"Kempen ini dianjurkan secara tertutup di bilik persalinan bagi menggalakkan seseorang yang mempunyai gejala ED lebih terbuka dan tidak segan berbincang dengan pakar yang mengendalikannya.

"Selain itu, keadaan tertutup ini membolehkan peserta membezakan peringkat ereksi berlainan melalui ujian sentuhan mudah yang akan menunjukkan di mana kedudukan mereka di dalam Skor Kesukaran Ereksi (EHS).

"Ujian EHS adalah kaedah mudah dan mampu mengukur secara tepat tahap ketegangan dengan skala satu hingga empat bagi memudahkan penentuan jenis rawatan atau senaman yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Kempen Make A Stand di Celebrity Fitness, Bangsar Village II, Bangsar, baru-baru ini.

Sementara itu, Tara berkata, rutin senaman yang konsisten bukan sahaja mampu membantu mengurangkan berat dan tekanan darah tetapi juga menyihatkan jantung.

"Di kalangan lelaki, senaman juga mempu mengurangkan risiko komplikasi apa sahaja penyakit yang mana puncanya dikaitkan dengan kehidupan tidak aktif," katanya.

26 June 2012

Khasiat madu lebah




Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU LEBAH.

Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:

1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);

2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);

4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);

5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);

6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales). Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia. Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).

Penyakit jangkitan seks...menular dalam diam


Lazimnya lelaki yang gemar melakukan seks rambang akan membawa penyakit ini kepada isteri seterusnya menurunkannya kepada anak-anaknya pula.

Dalam hal ini wanita yang tidak berdosa kadangkala menjadi mangsa tanpa disedari kerana penyakit ini menular dalam diam.
Anak-anak juga tidak terkecuali menjadi mangsa hingga ada yang dilahirkan cacat dan menderita sampai membawa maut.

Kesedaran orang ramai terutamanya kaum wanita perlu dipertingkatkan agar mereka tidak terus menjadi mangsa kesalahan yang mereka tidak pernah lakukan.

Sembilan jenis penyakit jangkitan seks ini antaranya berkemungkinan mendedahkan pesakit kepada jangkitan HIV seterusnya Aids.

Mengenali penyakit berjangkit melalui hubungan dan komplikasinya dan kesannya:

Trikomoniasis

Penyakit ini dibawa oleh sejenis kuman trichmonas Vaginalis iaitu sejenis protozoa.

Jangkitan terjadi melalui hubungan seks dengan seorang yang telah mendapat infeksi kuman ini.

Tanda-tandanya:
* Keluarnya cairan vagina yang berwarna putih dan lama-kelamaan jika tidak diubati akan bertukar menjadi kuning kehijauan, berbuih dan berbau.

* Valva akan membengkak, kemerah-merahan terasa gatal, kadang-kadang berbuih dan sungguh tidak selesa.

* Pada kaum lelaki pula keluar cecair jernih melalui saluran kencing.
Komplikasi yang akan muncul jika tidak segera diubati boleh menyebabkan kulit vulva melecet.

Jika jangkitan berlaku pada kalangan ibu hamil berkemungkinan menyebabkan bayi lahir prematur.

Jangkitan ini juga mempermudahkan penularan infeksi HIV iaitu virus penyebab AIDS.

Vaginosis Bakteria (BV)
Penyebabnya adalah campuran antara kuman Gardanella Vaginalis dan bakteria anaerob.

Penularannya bukan saja melalui hubungan seks rambang tetapi juga dari sebab-sebab lain antaranya tidak menjaga kebersihan vagina.

Tanda-tandanya:
* Keluarnya keputihan berwarna abu-abu yang berbau.

* Kadangkala vulva terasa gatal.

Komplikasi yang mungkin timbul akibat darinya terutamanya kepada ibu hamil kemungkinan melahirkan anak sebelum waktunya.

* Penyakit ini juga boleh meningkatkan kemungkinan infeksi pada saluran telur pada lelaki.

Kandidiasis Vulvovaginalis

Penyebabnya adalah jangkitan sejenis kulat yang dinamakan Candida Albicans yang mudah membiak pada bahagian tubuh yang sering lembap.

Bukan saja boleh menular melalui hubungan seks tetapi kurangnya menjaga kebersihan alat kelamin, pakaian dalam atau mangkuk tandas.

Tanda-tandanya:
* Keluarnya cairan pekat berwarna putih seperti susu yang sudah basi.

Terasa gatal, vulva menjadi merah dan membengkak.

Komplikasi yang mungkin terjadi, kulit vulva mudah melecet.

Apabila seseorang itu telah dijangkiti penyakit ini mudah terjadi penularan HIV .

GonorRhea

Penyebabnya adalah kuman atau bakteria Neisseria. Gonorrhea yang boleh menular melalui hubungan seks yang terjadi di kalangan lelaki dan perempuan

Tanda jangkitan kepada wanita:
* Rasa sakit ketika hendak membuang air kecil yang diikuti dengan keluarnya cecair kental berwarna putih kuning iaitu nanah .
Komplikasi yang mungkin terjadi:

* Penyakit radang pinggul.

* Kemandulan.

* Infeksi mata dan kebutaan pada bayi yang baru lahir apabila ibu menderita gonorrhea.

* Mereka yang mendapat penyakit ini mudah memberi laluan kepada infeksi HIV.

Klamidia

Penyebabnya adalah kuman atau bakteria Clamidia Trachomatis yang menular melalui kegiatan seks di kalangan lelaki dan wanita.

Tanda-tandanya:
Di kalangan lelaki jangkitan ini akan menyebabkan peradangan di saluran kencing hingga menyebabkan keluarnya cairan jernih berwarna putih.

Keluarnya cecair ini disertai dengan rasa gatal di hujung atau di sepanjang saluran kencing.

Jika jangkitan ini berlaku kepada kaum wanita akan disertai dengan keluarnya cairan vagina yang cair berwarna putih kekuningan dan disertai dengan rasa sakit di rongga pinggul.

Jika dalam keadaan teruk, akan berlaku pendarahan setelah melakukan hubungan seks.

Komplikasi akan timbul jika tidak diubati antaranya boleh menyebabkan penyakit rongga pinggul.

Pesakit juga dinasihatkan berjumpa doktor pakar jika tidak mendapat anak dalam jangka waktu perkahwinan yang lama kerana serangan penyakit ini juga berkemungkinan mandul atau kehamilan di luar kandungan.

Bagi wanita yang hamil, anak yang dilahirkan akan mendapat infeksi mata serta randang paru-paru.

Infeksi HIV juga mudah menular di kalangan mereka yang mendapat Klamidia.

Siflis
Penyakit tersebut disebabkan oleh kuman atau bakteria Treponema Pallidum Spirochaeta dan menular melalui hubungan seks.

Tanda-tandanya:
* Gejala awal yang boleh dikesan akibat daripada jangkitan ini ialah luka pada kemaluan lelaki atau wanita tanpa rasa sakit.

* Gejala awal ini akan disertai dengan gejala sekunder dengan timbulnya bintil yang berwarna kemerah-merahan pada tubuh.

Apabila memasuki peringkat ke tiga akan timbul kelainan jantung, saraf, pembuluh darah dan juga kulit yang hanya akan dapat dikesan apabila berjumpa doktor pakar.

Komplikasi yang mungkin dialami pesakit ialah penyakit jantung dan juga jangkitan pada otak.

Jika penyakit siflis menjangkiti wanita yang hamil dan tidak diubati berkemungkinan besar bayi yang akan dilahirkan menjadi cacat.

Kajian terbaru juga menunjukkan penyakit ini memberi laluan kepada penularan HIV.

Herpes Genital

Penyebabnya adalah virus herpes simplex yang menular melalui hubungan seks.

Tanda-tandanya:
* Tumbuhnya bintil berair secara berkelompok yang terlalu menyakitkan pada bahagian sulit kemudiannya pecah dengan meninggalkan luka kering serta kerak yang hilang dengan sendirinya.

* Kemudian tumbuh lagi seperti di atas, namum tidak sakit pada tahap awal. Gejala ini timbul bila ada faktor pencetus seperti stres, haid, mengambil alkohol dan juga hubungan seks berlebihan.

Komplikasi yang timbul ialah rasa sakit pada saraf tertentu dan menjangkiti bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai penyakit ini apabila bintil berair masih aktif.

Menimbul infeksi yang teruk pada bayi dan menyebabkan kematian serta keguguran di peringkat awal.

Penyakit ini memudahkan penularan HIV.

Genital Warts/ Konbdilomata Akumilata

Penyakit ini berasal daripada Human Pappiloma Virus, yang berjangkit melalui hubungan seks.

Tanda-tandanya:
* Muncul satu atau beberapa benjolan seperti kutil yang kemudiannya boleh berkembang biak di sekitar alat kelamin.
Komplikasi yang timbul seperti kutil yang membesar dan berkembang dengan cepat.

Memberi laluan kepada beberapa jenis virus yang menjadi penyebab kepada kanser di pangkal rahim.

AIDS

Penyebabnya adalah virus HIV yang menyerang serta merosakkan sel-sel darah putih.

Penularannya berlaku melalui hubungan seks dengan seorang yang penderita HIV dan juga melalui darah yang tercemar melalui penggunaan jarum suntikan, menerima darah, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai penyakit HIV/AIDS.

Gejala atau tanda-tandanya:
* Setelah terjadi infeksi virus HIV, pesakit akan mendapat demam seperti flu selama dua minggu. Kemudian sembuh dan seterusnya tiada sebarang serangan selama lima hingga 10 tahun.

* Setelah tempoh ini gejala seperti demam, berpeluh waktu malam, cirit-birit berpanjangan, sering penat, batuk kronik diikuti dengan penurunan berat badan yang cepat akan dialami oleh pesakit.

* Serangan ini berlanjutan hingga timbul pelbagai penyakit lain seperti kanser, sakit saraf, infeksi pelbagai virus, jangkitan kulat, bakteria serta parasit.

Komplikasi yang timbul akibat penyakit ini terutamanya kepada janin dalam kandungan.

Pada tahap akhir infeksi HIV dan AIDS boleh menyebabkan rasa sakit yang keterlaluan hingga mengakibatkan kematian. - Journal PMS.

--- UTUSAN MALAYSIA

Kesan stres terhadap daya kerja



PELBAGAI kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan teruk sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Malah, ia boleh menjadi penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.

Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.

Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki.

Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan.

Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi 'lelaki sejati', iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya.

Banyak kes yang dirawat di hospital melibatkan pesakit yang tidak membiasakan diri menyelesaikan masalah dari peringkat awal lagi.

Kadang-kadang masalah di tempat kerja juga memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan sehingga memporak-perandakan perkahwinan itu sendiri.

Bagi penghidap stres, mereka bimbang, masyarakat akan memandang serong terhadap mereka dan tidak mahu dilabel kurang siuman.

Ujar Dr. Nor Hamidah, sebab itu masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Ramai wanita stres?

Menurut Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.

Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.

Kebanyakan wanita pada peringkat umur 35 hingga 45 tahun mengalami emosi yang stabil kerana ramai yang mula bijak menguruskan kewangan sementara anak-anak pula sudah membesar. Berbeza dengan wanita yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan hal rumah dan kerja. Bagi wanita yang berumur 45 tahun ke atas, mereka pula berhadapan dengan perubahan hormon akibat menopaus.

Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Bijak

Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

Jelas Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

"Mengambil berat tentang kesihatan mental membantu kita untuk merasa lebih sihat secara fizikal. Begitu juga sebaliknya kerana kedua-dua perkara ini saling berkait," katanya.

Dr. Nor Hamidah turut menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya ambil masa untuk rehat dan berani untuk berbincang mengenainya bersama saudara atau teman terdekat.

"Anda sendiri mungkin sedar dengan perbezaan diri apabila mengalami masalah mental seperti kemurungan. Malah rakan-rakan terdekat juga pasti akan sedar mengenainya. Seandainya ada yang menasihati anda agar bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan, jangan tunggu lagi," katanya.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, kerja, keluarga dan kawan-kawan memberi kesan kepada kesihatan mental dari sudut kebaikan dan keburukan. Justeru katanya, setiap individu perlu pandai mengimbangi kerjaya dan kehidupan mereka agar sihat mental dan fizikal.

Pengurusan stres di pejabat

Justeru itu, setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak menganggu produktiviti pekerja.

"Kita lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan pengurusan kerja di pejabat. Kajian syarikat McDonnel Douglas pada tahun 1989 menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus kos penjagaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1995, Perkhidmatan Salah Tingkahlaku dan Kesihatan Mental mendapati pengurusan stres di tempat kerja telah menurunkan 35 peratus masalahstres pekerja dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada pakar psikiatri, psikologi atau kaunselor.

Kebiasaannya, pekerja yang berhadapan dengan stres akan diberi cuti sakit sehingga seminggu. Jika kes serius berlaku, rawatan boleh dilanjutkan sehingga tiga bulan.

Ini penting untuk mengurangkan berlakunya darah tinggi - lelah - masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema - serangan jantung - sinus/resdung - hilangan fungsi seksual dan pembiakan - strok - masalah berat badan - gangguan tidur - cirit-birit atau sembelit - migrain - gangguan kebimbangan - ulser perut - sakit kepala - kemurungan.

Peluang hidup kedua


“Masa depan seolah-olah gelap gelita apabila disahkan strok oleh doktor, tiada ruang lagi untuk saya meneruskan kehidupan, malah saya terpaksa berhenti membawa teksi” luahnya.

Namun Aminuddin tabah dan menguatkan semangat. Hasilnya, kini dia memperoleh kegembiraannya semula malah mampu meneruskan kehidupan bahagia bersama keluarga.

Selepas hampir enam bulan menjalani terapi urutan menggunakan mesin khas di Setapak, Kuala Lumpur dan memakan ubat, dirinya sedikit pulih.

Suaranya dan sebutan perkataan semakin jelas sejak Februari lalu.

Malah akuinya, semasa awal menghidap strok , semua keperluan diri diuruskan oleh isterinya, Lelawati Manan, 46. Kini seboleh-bolehnya dia mahu melakukan sendiri.

Menceritakan saat-saat dirinya diserang strok , katanya, segala-galanya berpunca daripada penyakit darah tinggi serta pemakanan yang tidak seimbang.

“Pada awalnya, tangan saya menjadi kebas ketika memandu teksi. Tiba-tiba, bahagian tubuh kanan pula tidak boleh digerakkan, malah rasa sekeliling saya seperti berpusing dan separuh badan keras. Bayangkan masa itu saya sedang membawa seorang penumpang dan sebelah tangan saya tidak boleh gerak. Kemudian saya menarik brek dan menahan teksi lain,” ceritanya ketika menceritakan detik cemas yang berlaku di Jalan Petaling, Selangor.

Katanya lagi, mulutnya juga menjadi herot dan tidak boleh menyebut patah perkataan.

“Masa tu, saya rasa dunia sudah gelap hanya mati sahaja yang paling hampir,” ceritanya bersungguh.

Namun kesungguhan isteri dan anak-anaknya membuatkan dia semakin tabah menghadapi dugaan hidup.

Bercerita lanjut detik itu, seorang pemandu teksi yang lain menghantarnya pulang ke rumah di Taman Wilayah Selayang Fasa 4, Selayang, Kuala Lumpur.

Isterinya kemudian membawa dia ke Hospital Selayang dan doktor mengesahkan dia diserang strok.

“Tiada apa yang dapat saya lakukan ketika itu, hanya doa yang saya termampu. Apa yang saya terkilan, saya baru sahaja empat bulan membawa teksi. Isteri pula bekerja di tadika tetapi berapa sangatlah gaji dia. Sedangkan kami ada enam anak yang masih bersekolah. Mujur ada kakak yang menawarkan saya rawatan fisioterapi percuma di Setapak,” tambahnya yang menjalankan perniagaan sendiri sebelum menjadi pemandu teksi.

Walaupun mempunyai kenderaan sendiri, dia tidak mampu lagi membayarnya dan tersadai di rumah kerana isteri dan anak-anaknya tidak boleh memandu.

Setiap hari kakaknya akan menemani dia untuk menjalani fisioterapi di pusat terapi tersebut.

Usaha

Berkat kegigihan, usaha tanpa mengenal putus asa dan berdisiplin dengan latihan, selepas hampir empat bulan, kini Aminuddin sudah boleh berjalan perlahan-lahan dan bertutur .

“Ia menyerang secara tiba-tiba tanpa ‘sebarang petanda’. Dia tidak pernah didiagnosis berpenyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.

Bagaimanapun berada di pusat terapi banyak memberi perubahan kepada saya dan peluang untuk sembuh bertambah baik dengan dorongan keluarga,” jelasnya.

Dia sedar penyakit yang dihidapinya kini tidak mungkin sembuh 100 peratus, tetapi cukuplah jika dia dapat bekerja semula.

“Apa yang penting saya tidak berputus asa dan sentiasa mencuba. Selebihnya berserah kepada Allah Taala.

“Saya menganggap ini sebagai hidup kedua saya. Peluang yang diberikan perlu saya gunakan sebaik-baiknya. Kerana itulah, saya mahu segera sembuh untuk memperbaiki kehidupan keluarga saya,” ujarnya yang bersyukur kerana kakaknya sudi meminjamkan wang untuk persekolahan anak-anak dan rawatannya.

Kewangan

Walaupun digalakkan menjaga pemakanan, Aminuddin tidak kisah hidangan makanan hariannya.

Menyedari kekangan sumber kewangan keluarga, dia akan menjamah apa jua yang dimasak oleh isterinya.

Bahkan dia tidak mahu bergantung kepada bantuan orang ramai semata-mata tetapi dia mengharapkan pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya tentang nasibnya. Sejak diserang strok, permohonan bantuan sudah dihantar tetapi masih belum ada maklum balas.

“Saya bersyukur kerana isteri dan anak-anak sentiasa memberi sokongan dan menjadi pembakar semangat untuk melawan penyakit ini,” ujarnya

22 June 2012

Kisah Israk Mikraj


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

21 June 2012

Rahsia Keajaiban Sedekah


Rahsia Keajaiban & Kelebihan Sedekah
“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al- Baqarah : 261 )
Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )
MENOLAK BALA BENCANA
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( H.R Al-Baihaqi )
SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah
Petikan dari buku : Duka Acheh Luka Kita Susunan Riduan Mohd Noor. Cetakan 2005
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

Rahsia Posisi Tidur Menurut Islam dan Sains



Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...