SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN INSURAN? Ini adalah perbualan ringkas seorang agen insurans dan prospek:- En. A : Saya nak ambil insurans. Agent : Untuk diri sendiri atau anak-anak encik? En. A : Untuk diri sendiri, anak-anak kemudian kut... Belum sempat agen tersebut buka bicara mengenai produk, En. A sambung lagi. En. A : Saya bukan taknak ambil untuk anak-anak, tapi buat masa ni belum ada kemampuan lagi. Lagipun kalau anak-anak jatuh sakit, saya boleh kerja siang malam tanpa henti untuk cari duit bayar kos perubatan untuk anak. Saya boleh pinjam sana-sini, saya boleh buat macam-macam. Tapi bagaimana kalau saya yang tiba-tiba jatuh sakit?? Boleh anak-anak saya yang masih kecil-kecil tu cari duit untuk tanggung kos perubatan saya?? Nanti bila saya mempunyai kemampuan, saya akan ambil insurans untuk semua ahli keluarga saya. Ini adalah antara situasi benar yang sering berlaku, namun masih ada ibu bapa yang tidak menyedari hakikat tersebut. Ada ibu bapa yang lebih mementingkan anak-anak mempunyai insurans terlebih dahulu dengan alasan risau anak-anak jatuh sakit, tetapi bagaimana dengan diri sendiri?? Adakah ibu bapa tidak mempunyai risiko jatuh sakit?? Insurans penting untuk kita menghadapi situasi di luar jangkaan. Di samping itu, ianya juga berfungsi untuk menjaga simpanan kewangan kita selama ini supaya tidak hangus semuanya digunakan untuk membiayai kos perubatan sahaja. Sekiranya kita masih belum mempunyai kemampuan untuk mengambil insurans untuk semua ahli keluarga, fikir-fikirkanlah siapa dahulu di kalangan ahli keluarga yang lebih penting untuk dilindungi oleh insurans. |
Al Baqarah 2:240 - Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
28 June 2012
INSURAN UNTUK SIAPA DAHULU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Fikir masak masak
ReplyDelete