Jangan biasakan diri dengan amalan pemakanan yang bercampur-aduk, sumbat apa saja jenis makanan ke dalam perut setiap kali berasa lapar serta makan dalam kuantiti banyak melebihi keperluan dan kemampuan tubuh menanggungnya.
Kencing manis a
tau diabetes tidak mengenal usia. Sesiapa saja berisiko menghidapinya termasuk kanak-kanak mahupun ibu hamil.
Pakar Perunding Perubatan dan Neprologi Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Gan Wee Hin, berkata kencing manis berlaku akibat kandungan gula di dalam darah melebihi tahap normal.
"Dalam jangka masa panjang, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan lain pada tubuh seperti otak, mata, jantung, saluran darah, hati, buah pinggang, dan kaki yang pada akhirnya hanya memudaratkan pesakit.
"Antara tanda atau gejala diabetes ialah penghidapnya akan sentiasa berasa dahaga, kerap kencing, lesu dan letih serta berat badan susut walaupun tidak mengamalkan diet tertentu.
"Kebanyakan kita leka dan tidak pergi melakukan pemeriksaan kesihatan kerana berasakan diri sentiasa sihat. Tapi apabila badan sudah menunjukkan tanda awal penyakit ini, barulah kita hendak berjumpa doktor dan ambil langkah pencegahan.
"Sebab itu, penting untuk melakukan pemeriksaan kesihatan seawal mungkin dan sekurang-kurangnya setahun sekali pun sudah memadai bagi mengetahui tahap kesihatan diri anda sendiri," katanya.
Takutnye...
ReplyDelete