Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) pada Khamis 15 November 2012, dan 1433 hijrah akan pergi meninggalkan kita. InsyaAllah.
Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari Maha Pencipta Sekalian Alam. Apakah azam kita pada tahun baru ini?? Mungkin ada antara kita yang terlupa dengan tahun baru hijrah kerana terleka dengan kehidupan yang sementara ini. Apapun marilah kita sama-sama ingat-mengingati dalam perkara kebaikan.
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. [Surah Al-Asr: 1-3]
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk-makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharam. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan hijrah.
10 Muharam- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak tejadinya peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Sahabat yang dimuliakan,
Jangan lupa untuk membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT,Insya-Allah.
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam
Doa Akhir tahun, pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.
Doa awal tahun, pada selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam
Sentiasa pegang dalam diri dan hati kita, bukan mudah untuk mencari yang berkah. Harus diteliti sentiasa setiap tindakan moga Allah SWT tidak menjadikan kita dalam golongan yang menentukan nasibnya sendiri. Sesungguhnya kita tidak mampu untuk berjalan di bumi tanpa taufiq dan hidayah dariNya. Bersabarlah dalam mencari barokah. Kerana redha Allah itu tersangat indah. Ingatlah! setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Wallahua'lam..
Playtech casino no deposit bonus - JTM Hub
ReplyDeletePlaytech has been one of the leading gambling software 익산 출장마사지 providers 안산 출장안마 in the gambling industry for over 안양 출장안마 20 years. The 아산 출장마사지 company has over 1,000 casino games, 제주 출장마사지
Mantap...
ReplyDelete