24 November 2012

Strok




Strok adalah penyakit golongan tua berumur 60 tahun ke atas. Pada pesakit muda, biasanya pesakit memang ada penyakit berkaitan darah, pembentukan otak tidak normal kongenital (dilahirkan dengan keadaan begitu) atau penyalahgunaan dadah khususnya dadah pesta,” katanya sempena Hari Strok Sedunia yang disambut pada 29 Oktober setiap tahun.

Organisasi Strok Sedunia (WSO) menganggarkan penyakit ini meragut satu nyawa dalam setiap enam saat. Sememangnya serangan strok sangat menakutkan kerana jika tidak membawa maut, ia akan menyebabkan pesakit menjadi orang kurang upaya - sama ada lumpuh separuh badan atau sepenuhnya. Bukan itu saja, pesakit juga akan hilang pelbagai kemahiran termasuk bertutur, kemahiran bahasa dan kebolehan menggerakkan anggota - bergantung kepada bahagian otak yang mengalami serangan.

Strok boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu iskemia (apabila aliran darah tersekat akibat kehadiran darah beku - yang mewakili 87 peratus kes strok), berdarah (berlaku apabila salur darah yang lemah pecah) dan serangan iskemia transien (TIA) yang juga dipanggil strok kecil. Untuk TIA, walaupun namanya ‘kecil’ tetapi jangan diabaikan kerana ia disebabkan kehadiran darah beku sementara. Segeralah dapatkan nasihat doktor supaya serangan strok yang besar dapat dicegah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...