10 August 2012

Elakkan pembaziran di musim perayaan!

ringgit Elakkan pembaziran di musim perayaan!
Baju raya, kuih raya, hiasan rumah, rumah terbuka…Argh! Banyaknya duit yang hendak dibelanja. Bagaimana hendak mengawal perbelanjaan sebelum poket menjadi kosong?
list Elakkan pembaziran di musim perayaan!
Senaraikan kelengkapan yang diperlukan sahaja
Anda perlu bijak menentukan sama ada kelengkapan yang hendak dibeli adalah ‘keperluan’ atau ‘kehendak’. Langkah terbaik, utamakan barangan yang tersenarai dalam ‘keperluan’ dahulu. Pastikan anda menyenaraikan barangan yang diperlukan dan bawa duit mengikut anggaran nilai barangan tersenarai. Bimbang nanti diri gagal menahan nafsu untuk menghabiskan kesemua duit yang dibawa berlebihan!
Berbelanja seawal mungkin
Harga barangan menjelang musim perayaan biasanya melambung tinggi. Jadi, penting bagi anda untuk membuat persediaan awal sebelum terpaksa berbelanja lebih. Seelok-eloknya, rancang lokasi untuk membeli-belah. Kemudian, simpan rekod perbelanjaan untuk merancang perbelanjaan akan datang. Jika didapati perbelanjaan memakan jumlah yang tinggi, tentunya anda perlu tahu untuk berjimat selepas tamat musim perayaan.
cart Elakkan pembaziran di musim perayaan!
buffet Elakkan pembaziran di musim perayaan!
Amalkan konsep ‘kurangkan’
Jika sebelum ini anda menyediakan 20 jenis kuih untuk menjamu tetamu yang bertandang ke rumah, apa kata kalau anda kurangkan kepada 10 jenis saja pada tahun ini. Satu lagi langkah terbaik, rancang rumah terbuka secara berkongsi bersama jiran tetangga. Melalui cara ini, amalan potluck adalah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.
Bandingkan harga
Perbandingan harga dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain penting untuk memudahkan anda mengawal perbelanjaan. Apatah lagi jika sana sini mengadakan mega sales yang mengaburi mata! Pastikan anda merekod setiap kelengkapan yang dijual di pasaraya yang berbeza dan pilih harga terendah. Sepertimana yang disebutkan tadi, berbelanja seawal mungkin adalah pilihan tepat untuk mengelakkan pembaziran.
tag Elakkan pembaziran di musim perayaan!
shoes Elakkan pembaziran di musim perayaan!
Usah bandingkan kemampuan diri dengan orang lain
Melihat rakan-rakan menggunakan tas tangan berjenama, kasut yang mahal ataupun dekorasi rumah yang moden, hati mula berasa cemburu, “Ah, aku mesti dapatkan apa yang dimilikinya!”This is wrong! Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri, anda tidak semestinya berbelanja secara mewah untuk meniru gaya mereka. Sebaliknya, tanya semula pada diri anda, “Adakah ia satu keperluan?”, “Adakah ia berbaloi?” ataupun, “Mampukah aku membelinya?”
Tepuk dada, tanya selera!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...