04 February 2012

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh...

Salam Maulidur Rasul 2012 buat semua rakan-rakan.
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.
Hari ini bersamaan 5 Februari 2012 (12 Rabiul Awal 1433), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.
Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger.Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

02 February 2012

Urus Kewangan Dengan Takaful

Mengurus kewangan dengan baik dan teratur adalah satu kemestian untuk hidup tenang pada hari ini. Lainlah jika kita hidup dizaman wang kulit kerang. Pengurusan yang betul akan memudahkan urusan kehidupan seharian. Namun, ia bukan semudah yang disangka. Dengan cabaran hutang mudah yang ditawarkan, mampu mencairkan disiplin yang ada dalam jatidiri seseorang hatta seorang panglima perang. Begitulah bahayanya mengenepikan ilmu pengurusan wang yang baik.
Justeru, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan menguruskan wang dengan bijak melalui takaful pada kali ini. Yup..takaful..saya pasti ramai yang pernah mendengar tentangnya. Rata-rata begitu takut untuk mendapatkan takaful kerana perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan setiap bulan untuk bayaran premium. Akan tetapi, ramai juga yang kembali terdetik untuk mendapatkannya setelah musibah melanda. Hidup ini penuh risiko. Semakin tinggi risiko yang diambil, pastinya besar jua kejayaan yang diundang. Namun disebalik kejayaan yang diimpikan, risiko mengundang bahaya kegagalan kehidupan. Sebaiknya mempelajari dan mencari cara mengurangkan risiko tersebut adalah satu pendekatan terbaik yang ada didunia ini.
Takaful atau insurans dalam Islam adalah satu konsep tolong menolong yang melibatkan kewangan dalam membantu rakan-rakan bersama menghadapi risiko kehidupan seperti penyakit kritikal dan kematian. Dengan itu, konsep yang mulia ini sebenarnya bertepatan dengan apa yang dituntut agama dan selari dengan kehendak keharmonian dunia. Membelanjakan sejumlah wang demi kebaikan orang lain adalah satu cara kita memperbaiki spiritual diri. Ramai yang tidak terfikir tentangnya, sebenarnya takaful adalah jalan penyelesaian untuk kita terus berbakti kepada masyarakat. Di atas konsep “tabarru”, peserta bersetuju mendermakan sejumlah wang caruman untuk berkongsi penderitaan peserta lain yang tak diduga. Begitulah indahnya konsep yang digunakan ini. Konsep menderma ini sebenarnya sangat dititikberatkan oleh golongan-golongan hartawan diseluruh dunia. Bahkan ada yang percaya dengan menderma, mereka akan bertambah kaya. Itulah sebab kenapa mereka selalu menderma. Anda boleh lihat ada yang menderma dengan cek sebesar pintu jamban :)
Baiklah, kembali semula kepada pengurusan wang melalui takaful. Oleh kerana setiap hari kita didedahkan dengan kemudahan kredit (hutang), satu penyelesaian untuk terus berdisiplin dalam simpanan untuk hari tua ialah melalui takaful. Wang caruman yang dibayar setiap bulan akan diagihkan kepada tabung simpanan peserta tersebut. Yang demikian, apabila sampai tempoh matang ( kebiasaan 30tahun ), peserta boleh mengeluarkan wang simpanan tersebut bersama-sama bonus yang diberikan. Bukankah ini satu konsep simpanan yang diperlukan orang ramai hari ini. Berbelanja lebih tidak salah, yang salah ialah berbelanja tanpa menyimpan. Simpanan adalah sangat penting sewaktu kita memerlukannya. Bayangkanlah saya mempunyai seorang rakan yang terpaksa merelakan pemergian orang tersayang tanpa sempat melihat wajahnya kali terakhir kerana kekurangan wang untuk pulang pada hari kematian. Begitulah peritnya apabila kita mengabaikan wang simpanan. Selain itu, konsep ini juga sesuai untuk sesiapa yang mencari cara menyimpan dan dalam masa yang sama melindungi diri dari risiko bebanan kewangan apabila sakit. Biar saya ceritakan dibawah..
Ketika kita sakit atau keluarga kita sakit, menggunakan wang simpanan adalah cara yang paling pantas untuk bertindak. Namun, sudah pasti wang simpanan tersebut akan berkurang akhirnya. Itupun jika wang yang disimpan benar-benar cukup untuk menampung kos pembedahan anak ataupun kos perubatan isteri yang berulang kali. Bebanan kewangan ini pastinya akan lebih terasa apabila kita mula menjengah usia lewat 60 an. Pada waktu tersebut , ia menjadi bebanan kewangan kerana terpaksa menggunakan wang persaraan hanya untuk ubat-ubatan. Takut-takut mati bukan kerana penyakit tetapi kerana sakit hati atas beban kos-kos perubatan yang ditanggung. Maka, itulah kelebihan takaful. Apabila kita dilindungi dengan wang jaminan untuk kos perubatan tanpa mengusik wang simpanan persendirian kita sendiri.
Kesimpulannya, apabila kita memilih untuk mendapatkan takaful, sebenarnya kita telah memilih untuk menambahkan wang simpanan, menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk perubatan dan bersedia untuk meninggalkan kesenangan buat orang tersayang apabila kehidupan sudah berada dipengakhiran :)
Ps: sekiranya anda ingin merancang kewangan melalui takaful, saya berbesar hati untuk dihubungi dan berdiskusi bersama anda.


Kuasa 10% Dalam Melindungi Pendapatan

Seandainya 10% dari pendapatan kita dikurangkan, adakah kita masih mampu meneruskan survival kehidupan? Bagaimana pula jika 100% pendapatan kita hilang?
Bekerja mencari rezeki adalah suatu kemuliaan. Setiap hari kita membanting tulang, memerah keringat mencari wang agar dapat hidup memenuhi keperluan diri dan insan tersayang. Sungguhpun sedikit sebanyak wang yang kita pegang terhakis oleh inflasi, kita tetap bekerja. Hanya itulah jalan menampung keperluan keluarga. Jika seorang ketua keluarga, usahanya harus setimpal mencari rezeki dalam keluarga yang bertambah besar. Bagi seorang graduan muda, impian berumahtangga adalah destinasi seterusnya.
Hidup dalam dunia yang dihuni hutang adalah sesuatu kelaziman. Oleh kerana kemudahan kredit yang tumbuh bak cendawan, ramai golongan pertengahan yang mula terperangkap dengan jerat hutang. Akibatnya semakin banyak hutang dikumpulkan, semakin kuat jugaklah kita harus membanting tulang. Segala-galanya demi memenuhi kehendak kehidupan.
Namun, andaikata sesuatu yang buruk berlaku kepada diri kita hari ini, apakah persediaan yang telah kita lakukan? Adakah kita pasti esok hari akan datang dengan jaminan kesihatan dan kelansungan kehidupan? Siapa yang boleh jamin? Walau sesihat mana sekalipun, jika takdirnya mati, pasti ajal akan datang menjemput tepat masanya. Tidak terlewat mahupun terawal sesaat.
Persoalannya apakah yang kita tinggalkan untuk merek-mereka insan tersayang? Justeru, peruntukkanlah 10% dari pendapatan anda untuk persiapan menghadapi hari kesusahan. Bak kata orang-orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan insuran sebelum menjadi beban. Jika tidak, keluarga kita akan menanggung harga yang besar atas kelalaian kita membuat persediaan.
Ps: antara cara melindungi pendapatan adalah melalui Takafulink. Bermulalah hari ini dengan simpanan+pelaburan + perlindungan.



Kenapa Saya Mesti Ada Prudential BSN Takafulink ?

Soalan ini pernah saya tanyakan pada diri saya satu masa dahulu. Saya terfikir tentang bagaimana membazirnya saya membuang duit untuk perkara yang bukan keperluan saya sekarang. Mujur saya mengikuti bahan bacaan perancangan kewangan dan sedar betapa pentingnya takaful bagi seseorang muslim itu.
Hidup dalam dunia yang memerlukan wang, setiap orang harus bekerja mencari pendapatan. Pendapatan itu penting bahkan sangat sangat penting bagi seorang suami, ayah dan anak yang baik. Dengan pendapatan tersebutlah, seorang suami harus membelanjakannya untuk isteri tercinta. Dengan pendapatan tersebut juga lah seorang ayah gunakan untuk pendidikan anak-anaknya. Dan dengan pendapatan tersebut juga seorang anak peruntukkan demi emak ayah. Walauapapun sebabnya, pendapatan adalah sangat penting. Kehilangan pendapatan bermakna hilanglah kebolehan mereka-mereka yang bertanggungjawab di atas.
Nampak tak betapa besarnya impak sekiranya anda sudah tidak berpendapatan hari ini? Kelak, bagaimana anda dapat menguruskan perbelanjaan harian tanpa wang pendapatan? Bagaimana pula orang lain dapat menjaga anda sekiranya anda sakit dan tiada pendapatan?
Sekiranya anda telah mati semalam, apakah jalan sukar atau senang yang harus keluarga anda tempuhi? Kesedihan hati akibat pemergiaan orang tersayang boleh berlalu dalam 3 bulan sahaja. Namun kesedihan dan kesukaran menguruskan kehidupan mereka yang tersayang akan berlarutan lebih panjang.
Justeru, setiap muslim harus mengambil peluang ini untuk mendapatkan takaful perlindungan. Oooohh, ingatlah wahai saudara-saudaraku, mengambil takaful bukan bermakna sekadar melepas batuk di tangga. Anda harus melihat kembali polisi dan apakah perlindungan yang diberikan? Perlindungan takaful yang teguh dan solid adalah keperluan sejati.  Amatlah rugi jika takaful yang anda sertai gagal memberikan perkhidmatan segera dan terbaik!
Akhir kalam, lihat kembali polisi insurans anda. Cuba bayangkan anda sekarang berada di hospital untuk menjalani pembedahan segera disebabkan sakit jantung. Adakah kos pembedahan anda juga akan ditanggung pihak insurans atau sebaliknya? Bagaimana jika sakit kritikal anda tadi tidak memungkinkan anda mencarum lagi? Pastikah polisi perlindungan diteruskan atau terus dibatalkan sebab anda gagal membayar akibat sakit kritikal?
Jika jawapannya tidak pasti, pastikan segera dengan menghubungi saya. Khidmat konsultasi percuma selagi anda yakin anda masih sihat. Gunakan borang Ingin tahu Tentang Takaful di sebelah untuk bantuan.


Dapat RM500 Untuk Hari Istimewa Dengan PruBSN FirstLink?

Sejak kebelakangan ini, tajuk artikel saya mesti panjang-panjang. Susah nak tulis pendek sebab ditakuti tak sampai mesejnya. :)
Ok. Sebagai seorang ejen aka perancang kewangan dari Prudential BSN Takaful Bhd, tulisan kali ini akan saya fokuskan kepada faedah yang boleh dinikmati oleh peserta baru takaful/insurans. Bukan sahaja telco seperti Maxis, Celcom yang selalu melancarkan pelbagai kempen percuma,tak terkecuali Prudential. Kali ini Prudential BSN Takaful telah berbesar hati menawarkan kempen istimewa buat mereka yang baru atau akan menyertai/melanggan takaful. Melalui produk PruBSN link series, produk PruBSN FirstLink menawarkan saguhati percuma RM500 untuk setiap peristiwa istimewa yang berlaku dalam hidup pencarum. Bagaimana tu?

PruBSN FirstLink
Ok, produk ini khas untuk mereka yang berumur di antara 19 tahun hingga 25 tahun. Mereka berpeluang menerima RM 500 bagi setiap peristiwa istimewa yang berlaku dalam hidup mereka. RM500 ini digelar BonusAchieveFirst . Peristiwa -peristiwa yang saya maksudkan adalah seperti di bawah :
  1. Membeli rumah pertama
  2. Menunaikan Ibadah Haji/ Umrah
  3. Berkahwin ( kali pertama sahaja :)  )
  4. Mendapat anak pertama
  5. Memperolehi Ijazah Pasca Siswazah ( Master )
Menarik bukan?
Cuba anda perhati dan lakukan sedikit kira-kira. Nurul ( atau bukan nama sebenar ) baru menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Beliau baru berusia 23 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah bank terkemuka di Malaysia. Alaaa…bank yang ada gambar harimau kuning :) . Nasib beliau sangat baik kerana telah bertemu dengan seorang perancang kewangan yang hebat iaitu penulis blog ini..ehem..ehem..ehem..  Oleh kerana kesedarannya tinggi, dia terus mendapatkan nasihat dan menyertai takaful dari Prudential BSN Takaful bhd. Beliau sangat gembira kerana plan tersebut menawarkan simpanan untuk persaraanpelaburan pada kadar pulangan 9% setiap tahun dan perlindungan yang begitu komprehensif. Komprehensif di sini ialah perlindungan bebanan kewangan kepada ahli keluarganya sehingga 5 tahun gaji ( rm2500 gaji x12 bulan x 5tahun) . Selain itu, beliau juga mendapat sekeping kad perubatan yang akan membayar segala kos perubatan dari hospital terkemuka sehingga RM50,000 setahun dan RM500,000 seumur hidup. Bukan itu sahaja, sekiranya beliau dimasukkan ke hospital, beliau akan mendapat elaun tambahan sebanyak rm200/hari… Cerdikkan beliau? Namun bukan itu sahaja yang menarik minat beliau, beliau yang membuat simpanan rm200 dari takaful dan mendapati :
Faedah 1 :Simpanan & Pelaburan
Nurul bakal memperolehi wang simpanannya sekitar 60% dari wang caruman beliau dan menikmati kadar pulangan pelaburan antara 9%-11% setiap tahun. Bahkan sekiranya beliau disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, belia tidak perlu lagi menyimpan RM200 setiap bulan. Caruman tersebut akan menjadi percuma dan dibayar 100% oleh pihak takaful sehingga tempoh matang.
Faedah 2 : PerlindunganDengan caruman permulaan RM200 pada bulan pertama, Nurul telah berjaya “meletakkan” sejumlah besar wang perlindungan “RM200,000″ tanpa perlu menunggu simpanan bertahun-tahun.  Seandainya berlaku apa-apa ke atas dirinya, beliau sudah ada wang persediaan untuk menempuhi saat-saat sukar dalam kehidupannya.
Faedah 3 : Kad PerubatanDengan kad perubatan bernilai serendah RM50,000 setahun dan RM500,000 seumur hidup, beliau tidak perlu lagi risau menyediakan wang simpanan yang besar semata-mata untuk tujuan perubatan. Bahkan, segala kos perubatan beliau kelak akan ditanggung tanpa perlu menggadai ,meminjam mahupun mengemis wang orang lain.
Faedah 4 : BonusBeliau juga berepluang menerima sehingga RM2500 untuk keseluruhan peristiwa besar yang berlaku dalam hidupnya. Antaranya mendapat anak, menunaikan haji dan umrah serta banyak lagi. Beliau juga akan mendapat 5% dari jumlah caruman tahunan setelah 10 tahun menyimpan dan berterusan setiap 3 tahun.
Faedah 5 : Elaun
Sekiranya beliau dimasukkan ke wad melebihi 6 jam, beliau layak mendapat wang elaun minima RM200/hari. Sekiranya melibatkan wad kecemasan dan pembedahan, tambahan RM100 untuk elaun harian dan RM2500/pembedahan. Elaun ini adalah wang tunai yang diberikan tanpa mengurangkan perlindungan yang disediakan kad perubatan
Sekiranya anda adalah nurul, adakah anda akan turut melakukan perkara yang sama seperti beliau?



Beli Insurans, Buang Duit?

Artikel ini khas buat rakan-rakan yang masih belum ada plan insurans/takaful yang komprehensif mahupun yang belum terfikir untuk mendapatkannya.
Tak perlulah saya ulangi berkali-kali tentang peri pentingnya plan perlindungan dalam hidup kita. Saya yakin kita semua tahu apa yang pasti dalam hidup ialah kematian. Tidaklah dilewatkan ataupun diawalkan walau sesaat pun kematian itu. Justeru persediaan kita menghadapi kematian lah yang patut menjadi persoalan. Bukannya masa yang dipersoalkan kerana ia pasti.
Photobucket
Namun, tak semua yang sedar tentang perkara ini. Bag mereka, hidup mereka akan lebih lama. Umur mereka akan lebih panjang. Justeru mereka tidak kisah pun siapa yang mereka akan tinggalkan kelak. Apa yang mereka akan tinggalkan kelak. Pada mereka, selagi nyawa dikandung badan, mereka harus memikirkan dan memperuntukkan wang mereka pada pelaburan. Kononnya untuk masa depan.
Yup,itu betul! Tak dinafikan. Namun, bayangkan jika impian kita melabur untuk mendapatkan RM1 juta pada umur 60 tahun terkubur pada umur 50 tahun. Kita disahkan menghidapi penyakit kriikal seperti masalah jantung, otak, kanser dan kegagalan buah pinggang. Yakinkah yang kita tidak sesekali akan menggunakan duit pelaburan yang belum matang tersebut? Impian mendapat 1 juta juga akan terkubur kerana di waktu itu kita harus membelanjakan segala harta yang kita ada untuk melanjutkan hayat yang ada.
Lebih sadis apabila usaha kita pada waktu itu gagal. Sudahlah impian 1 juta musnah serta merta, harta pula habis dibelanja. Mati pula yang kunjung tiba. Persoalannya apa yang kita tinggalkan untuk keluarga kita pada masa tersebut?
Fikir-fikirkanlah… Bukannya anda membuang duit dengan menyertai takaful atau melanggan insurans, tetapi anda telah mengurangkan bahana kewangan apabila sesuatu yang pasti itu tiba. Kesimpulannya, bueli insurans itu buang duit atau tak?
Ps: setiap tahun kos perubatan naik. Sekaligus yuran penyertaan takaful juga meningkat, bertindaklah sekarang untk memilikinya dengan penjimatan yang lebih rendah .

Melindungi Wang Simpanan-Takafulink PruBSN

Kebiasaannya kita sudah diajar tentang kepentingan menyimpan sejak di bangku persekolahan lagi. Sehingga kini, amalan menabung dan menyimpan diajarkan pula kepada anak-anak. Sebabnya kita tahu dan sedar kepentingan menyimpan tersebut. Amalan menyimpan sebahagian wang simpanan dari pendapatan yang diperolehi adalah mulia. Bahkan amalan itu mendidik manusia kebanyakan supaya menguruskan kewangan dan mengelakkan dari sifat buruk boros.
Menyimpan wang mestilah bermatlamat. Maksud saya kita menyimpan kerana kita ada tujuan. Menyimpan tanpa tujuan adalah sia-sia kerana kita tidak tahu untuk apa wang disimpan. Berapa banyak harus disimpan. Oleh itu, akhirnya kita akan terus mengejar dunia untuk menyimpan wang atau harta yang tidak akan cukup-cukup. Ye la, nafsu manusia tidak mempunyai batasan. Sedari di akhir kehidupan, wang yang disimpan tidak mempunyai nilai lagi dek mati tidak membawa harta. Namun saya tidak berniat menghalang sesiapapun menyimpan wang dan harta. Cuma di dalam artikel ini, saya mengajak dan menyeru rakan-rakan supaya bermula dari sekarang untuk menyimpan dengan tujuan. Ya…Kita harus menyimpan harta kita untuk tujuan tertentu. Bukan hidup saja perlu bermatlamat, segala apa-apa yang kita lakukan termasuklah menyimpan harus mempunyai matlamat.
wang simpanan, takaful prubsn
Antara sebab orang menyimpan ialah :
  1.     memperuntukkan wang demi menghadapi saat KECEMASAN
  2.     simpanan demi PENDIDIKAN ANAK-ANAK
  3.     untuk menikmati HIDUP YANG LEBIH BAIK
  4.     mengerjakan haji atau percutian yang menarik
  5.     menyimpan untuk PELABURAN
Itu antara sebab-sebab yang terlintas di dalam kepala otak saya. Saya yakin lain orang lain sebabnya. Walau apapun sebabnya sekalipun, kita harus memastikan simpanan tersebut bersebab. Sebagai contoh, menyimpan wang untuk kecemasan. Berapakah wang yang diperlukan sebenarnya untuk memastikan simpanan demi kecemasan mencukupi? Kata orang, menyimpan wang demi kecemasan bolehlah dikira melalui berapa jumlah simpanan yang bersamaan gaji bulanan. Sebagai contoh, simpanan bersamaan gaji 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan dan seterusnya. Tujuan simpanan untuk kecemasan boleh jadi untuk menghadapi saat-saat kecemasan seperti dibuang kerja, sakit ataupun menghadapi musibah yang tak dijangka (kebakaran, kerosakan kenderaan ,dll ). Oleh sebab tujuannya kecemasan, jadi simpanan tersebut haruslah memadai untuk tujuan sementara. Bukan selama-lamanya. Jelas?
Begitu jugalah dengan tujuan-tujuan yang lain.
Namun, persoalan utama yang saya ingin ajukan disini ialah BAGAIMANA MELINDUNGI WANG SIMPANAN tersebut?
Oh ya…saya bukan maksudkan melindungi wang simpanan melalui menyimpan di bank atau tempat-tempat selamat dan sebagainya. Maksud saya ialah melindunginya dari gagal mencapai matlamat simpanan tersebut. Secara mudahnya, adakah kita dapat menjamin yang simpanan tersebut tidak akan diganggu,digunakan,dibelanjakan sebelum mencapai tujuannya hanya kerana musibah-musibah lain yang melanda? Sebagai contoh, anda menyimpan wang dengan matlamat untuk digunakan sebagai persaraan. Namun tanpa disedari, anda disahkan menghidapi kegagalan buah pinggang pada umur 55 tahun. Ketika itu, anda telah pun mencapai umur persaraan. Apakah anda akan lakukan? Adakah anda akan menggunakan wang persaraan tadi yang sebenarnya dikhususkan untuk kegunaan kehidupan hari tua untuk tujuan perubatan pula? Ramai yang saya  perhatikan bahkan saya sendiri telah berdepan dengan salah seorang penjawat awam yang mengaku tidak lagi mampu untuk melangsaikan pinjaman peribadinya dengan bank dan dipencenkan lebih awal akibat penyakit yang dihidapi. Sudahlah wang simpanan habis dibelanjakan demi perubatan, terpaksa pula menjelaskan hutang yang sudah tidak mampu dibayar. Inilah yang ingin saya maksudkan.
Apabila kita menghadapi musibah yang melibatkan kehidupan kita, kehidupan insan-insan yang kita sayangi, kita pastinya tidak teragak-agak untuk menggunakan semua wang simpanan kita. Alangkah baiknya jika perbelanjaan rawatan yang besar tadi ditanggung oleh pihak lain dan simpanan masih boleh diteruskan?
Justeru apabila kita membuat simpanan, pastikan kita juga merancang untuk melindungi simpanan tersebut. Antara masalah utama yang seringkali menghantui kebanyakan orang apabila mereka semakin berusia ialah penyakit. Apabila berpenyakit, orang sanggup bergadai harta demi mencari erti sihat. Dan kesihatan yang dicari akan bertambah buruk apabila mentaliti pada waktu tersebut tertekan akibat “masalah kesihatan” yang lain pula. Ya, masalah kesihatan kewangan. Semakin bermasalah seseorang dengan kewangannya, semakin dekatlah dia dengan masalah kesihatan.
Ayuh kita fikirkan… Mulakanlah simpanan hari ini dengan bermatlamat dan jangan lupa untuk melindunginya
PS : salah satu cara mudah melindungi wang simpanan adalah dengan Takafulink dari PruBSN. Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, hubungi saya melalui ruangan komen dibawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...