Kebiasaannya kita sudah diajar tentang kepentingan menyimpan sejak di bangku persekolahan lagi. Sehingga kini, amalan menabung dan menyimpan diajarkan pula kepada anak-anak. Sebabnya kita tahu dan sedar kepentingan menyimpan tersebut. Amalan menyimpan sebahagian wang simpanan dari pendapatan yang diperolehi adalah mulia. Bahkan amalan itu mendidik manusia kebanyakan supaya menguruskan kewangan dan mengelakkan dari sifat buruk boros.
Menyimpan wang mestilah bermatlamat. Maksud saya kita menyimpan kerana kita ada tujuan. Menyimpan tanpa tujuan adalah sia-sia kerana kita tidak tahu untuk apa wang disimpan. Berapa banyak harus disimpan. Oleh itu, akhirnya kita akan terus mengejar dunia untuk menyimpan wang atau harta yang tidak akan cukup-cukup. Ye la, nafsu manusia tidak mempunyai batasan. Sedari di akhir kehidupan, wang yang disimpan tidak mempunyai nilai lagi dek mati tidak membawa harta. Namun saya tidak berniat menghalang sesiapapun menyimpan wang dan harta. Cuma di dalam artikel ini, saya mengajak dan menyeru rakan-rakan supaya bermula dari sekarang untuk menyimpan dengan tujuan. Ya…Kita harus menyimpan harta kita untuk tujuan tertentu. Bukan hidup saja perlu bermatlamat, segala apa-apa yang kita lakukan termasuklah menyimpan harus mempunyai matlamat.
Antara sebab orang menyimpan ialah :
- memperuntukkan wang demi menghadapi saat KECEMASAN
- simpanan demi PENDIDIKAN ANAK-ANAK
- untuk menikmati HIDUP YANG LEBIH BAIK
- mengerjakan haji atau percutian yang menarik
- menyimpan untuk PELABURAN
Itu antara sebab-sebab yang terlintas di dalam kepala otak saya. Saya yakin lain orang lain sebabnya. Walau apapun sebabnya sekalipun, kita harus memastikan simpanan tersebut bersebab. Sebagai contoh, menyimpan wang untuk kecemasan. Berapakah wang yang diperlukan sebenarnya untuk memastikan simpanan demi kecemasan mencukupi? Kata orang, menyimpan wang demi kecemasan bolehlah dikira melalui berapa jumlah simpanan yang bersamaan gaji bulanan. Sebagai contoh, simpanan bersamaan gaji 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan dan seterusnya. Tujuan simpanan untuk kecemasan boleh jadi untuk menghadapi saat-saat kecemasan seperti dibuang kerja, sakit ataupun menghadapi musibah yang tak dijangka (kebakaran, kerosakan kenderaan ,dll ). Oleh sebab tujuannya kecemasan, jadi simpanan tersebut haruslah memadai untuk tujuan sementara. Bukan selama-lamanya. Jelas?
Begitu jugalah dengan tujuan-tujuan yang lain.
Namun, persoalan utama yang saya ingin ajukan disini ialah BAGAIMANA MELINDUNGI WANG SIMPANAN tersebut?
Oh ya…saya bukan maksudkan melindungi wang simpanan melalui menyimpan di bank atau tempat-tempat selamat dan sebagainya. Maksud saya ialah melindunginya dari gagal mencapai matlamat simpanan tersebut. Secara mudahnya, adakah kita dapat menjamin yang simpanan tersebut tidak akan diganggu,digunakan,dibelanjakan sebelum mencapai tujuannya hanya kerana musibah-musibah lain yang melanda? Sebagai contoh, anda menyimpan wang dengan matlamat untuk digunakan sebagai persaraan. Namun tanpa disedari, anda disahkan menghidapi kegagalan buah pinggang pada umur 55 tahun. Ketika itu, anda telah pun mencapai umur persaraan. Apakah anda akan lakukan? Adakah anda akan menggunakan wang persaraan tadi yang sebenarnya dikhususkan untuk kegunaan kehidupan hari tua untuk tujuan perubatan pula? Ramai yang saya perhatikan bahkan saya sendiri telah berdepan dengan salah seorang penjawat awam yang mengaku tidak lagi mampu untuk melangsaikan pinjaman peribadinya dengan bank dan dipencenkan lebih awal akibat penyakit yang dihidapi. Sudahlah wang simpanan habis dibelanjakan demi perubatan, terpaksa pula menjelaskan hutang yang sudah tidak mampu dibayar. Inilah yang ingin saya maksudkan.
Apabila kita menghadapi musibah yang melibatkan kehidupan kita, kehidupan insan-insan yang kita sayangi, kita pastinya tidak teragak-agak untuk menggunakan semua wang simpanan kita. Alangkah baiknya jika perbelanjaan rawatan yang besar tadi ditanggung oleh pihak lain dan simpanan masih boleh diteruskan?
Justeru apabila kita membuat simpanan, pastikan kita juga merancang untuk melindungi simpanan tersebut. Antara masalah utama yang seringkali menghantui kebanyakan orang apabila mereka semakin berusia ialah penyakit. Apabila berpenyakit, orang sanggup bergadai harta demi mencari erti sihat. Dan kesihatan yang dicari akan bertambah buruk apabila mentaliti pada waktu tersebut tertekan akibat “masalah kesihatan” yang lain pula. Ya, masalah kesihatan kewangan. Semakin bermasalah seseorang dengan kewangannya, semakin dekatlah dia dengan masalah kesihatan.
Ayuh kita fikirkan… Mulakanlah simpanan hari ini dengan bermatlamat dan jangan lupa untuk melindunginya
PS : salah satu cara mudah melindungi wang simpanan adalah dengan Takafulink dari PruBSN. Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, hubungi saya melalui ruangan komen dibawah
No comments:
Post a Comment