Mengurus kewangan dengan baik dan teratur adalah satu kemestian untuk hidup tenang pada hari ini. Lainlah jika kita hidup dizaman wang kulit kerang. Pengurusan yang betul akan memudahkan urusan kehidupan seharian. Namun, ia bukan semudah yang disangka. Dengan cabaran hutang mudah yang ditawarkan, mampu mencairkan disiplin yang ada dalam jatidiri seseorang hatta seorang panglima perang. Begitulah bahayanya mengenepikan ilmu pengurusan wang yang baik.
Justeru, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan menguruskan wang dengan bijak melalui takaful pada kali ini. Yup..takaful..saya pasti ramai yang pernah mendengar tentangnya. Rata-rata begitu takut untuk mendapatkan takaful kerana perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan setiap bulan untuk bayaran premium. Akan tetapi, ramai juga yang kembali terdetik untuk mendapatkannya setelah musibah melanda. Hidup ini penuh risiko. Semakin tinggi risiko yang diambil, pastinya besar jua kejayaan yang diundang. Namun disebalik kejayaan yang diimpikan, risiko mengundang bahaya kegagalan kehidupan. Sebaiknya mempelajari dan mencari cara mengurangkan risiko tersebut adalah satu pendekatan terbaik yang ada didunia ini.
Takaful atau insurans dalam Islam adalah satu konsep tolong menolong yang melibatkan kewangan dalam membantu rakan-rakan bersama menghadapi risiko kehidupan seperti penyakit kritikal dan kematian. Dengan itu, konsep yang mulia ini sebenarnya bertepatan dengan apa yang dituntut agama dan selari dengan kehendak keharmonian dunia. Membelanjakan sejumlah wang demi kebaikan orang lain adalah satu cara kita memperbaiki spiritual diri. Ramai yang tidak terfikir tentangnya, sebenarnya takaful adalah jalan penyelesaian untuk kita terus berbakti kepada masyarakat. Di atas konsep “tabarru”, peserta bersetuju mendermakan sejumlah wang caruman untuk berkongsi penderitaan peserta lain yang tak diduga. Begitulah indahnya konsep yang digunakan ini. Konsep menderma ini sebenarnya sangat dititikberatkan oleh golongan-golongan hartawan diseluruh dunia. Bahkan ada yang percaya dengan menderma, mereka akan bertambah kaya. Itulah sebab kenapa mereka selalu menderma. Anda boleh lihat ada yang menderma dengan cek sebesar pintu jamban
Baiklah, kembali semula kepada pengurusan wang melalui takaful. Oleh kerana setiap hari kita didedahkan dengan kemudahan kredit (hutang), satu penyelesaian untuk terus berdisiplin dalam simpanan untuk hari tua ialah melalui takaful. Wang caruman yang dibayar setiap bulan akan diagihkan kepada tabung simpanan peserta tersebut. Yang demikian, apabila sampai tempoh matang ( kebiasaan 30tahun ), peserta boleh mengeluarkan wang simpanan tersebut bersama-sama bonus yang diberikan. Bukankah ini satu konsep simpanan yang diperlukan orang ramai hari ini. Berbelanja lebih tidak salah, yang salah ialah berbelanja tanpa menyimpan. Simpanan adalah sangat penting sewaktu kita memerlukannya. Bayangkanlah saya mempunyai seorang rakan yang terpaksa merelakan pemergian orang tersayang tanpa sempat melihat wajahnya kali terakhir kerana kekurangan wang untuk pulang pada hari kematian. Begitulah peritnya apabila kita mengabaikan wang simpanan. Selain itu, konsep ini juga sesuai untuk sesiapa yang mencari cara menyimpan dan dalam masa yang sama melindungi diri dari risiko bebanan kewangan apabila sakit. Biar saya ceritakan dibawah..
Ketika kita sakit atau keluarga kita sakit, menggunakan wang simpanan adalah cara yang paling pantas untuk bertindak. Namun, sudah pasti wang simpanan tersebut akan berkurang akhirnya. Itupun jika wang yang disimpan benar-benar cukup untuk menampung kos pembedahan anak ataupun kos perubatan isteri yang berulang kali. Bebanan kewangan ini pastinya akan lebih terasa apabila kita mula menjengah usia lewat 60 an. Pada waktu tersebut , ia menjadi bebanan kewangan kerana terpaksa menggunakan wang persaraan hanya untuk ubat-ubatan. Takut-takut mati bukan kerana penyakit tetapi kerana sakit hati atas beban kos-kos perubatan yang ditanggung. Maka, itulah kelebihan takaful. Apabila kita dilindungi dengan wang jaminan untuk kos perubatan tanpa mengusik wang simpanan persendirian kita sendiri.
Kesimpulannya, apabila kita memilih untuk mendapatkan takaful, sebenarnya kita telah memilih untuk menambahkan wang simpanan, menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk perubatan dan bersedia untuk meninggalkan kesenangan buat orang tersayang apabila kehidupan sudah berada dipengakhiran
Ps: sekiranya anda ingin merancang kewangan melalui takaful, saya berbesar hati untuk dihubungi dan berdiskusi bersama anda.
No comments:
Post a Comment