02 February 2012

Kuasa 10% Dalam Melindungi Pendapatan

Seandainya 10% dari pendapatan kita dikurangkan, adakah kita masih mampu meneruskan survival kehidupan? Bagaimana pula jika 100% pendapatan kita hilang?
Bekerja mencari rezeki adalah suatu kemuliaan. Setiap hari kita membanting tulang, memerah keringat mencari wang agar dapat hidup memenuhi keperluan diri dan insan tersayang. Sungguhpun sedikit sebanyak wang yang kita pegang terhakis oleh inflasi, kita tetap bekerja. Hanya itulah jalan menampung keperluan keluarga. Jika seorang ketua keluarga, usahanya harus setimpal mencari rezeki dalam keluarga yang bertambah besar. Bagi seorang graduan muda, impian berumahtangga adalah destinasi seterusnya.
Hidup dalam dunia yang dihuni hutang adalah sesuatu kelaziman. Oleh kerana kemudahan kredit yang tumbuh bak cendawan, ramai golongan pertengahan yang mula terperangkap dengan jerat hutang. Akibatnya semakin banyak hutang dikumpulkan, semakin kuat jugaklah kita harus membanting tulang. Segala-galanya demi memenuhi kehendak kehidupan.
Namun, andaikata sesuatu yang buruk berlaku kepada diri kita hari ini, apakah persediaan yang telah kita lakukan? Adakah kita pasti esok hari akan datang dengan jaminan kesihatan dan kelansungan kehidupan? Siapa yang boleh jamin? Walau sesihat mana sekalipun, jika takdirnya mati, pasti ajal akan datang menjemput tepat masanya. Tidak terlewat mahupun terawal sesaat.
Persoalannya apakah yang kita tinggalkan untuk merek-mereka insan tersayang? Justeru, peruntukkanlah 10% dari pendapatan anda untuk persiapan menghadapi hari kesusahan. Bak kata orang-orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Sediakan insuran sebelum menjadi beban. Jika tidak, keluarga kita akan menanggung harga yang besar atas kelalaian kita membuat persediaan.
Ps: antara cara melindungi pendapatan adalah melalui Takafulink. Bermulalah hari ini dengan simpanan+pelaburan + perlindungan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...