Soalan ini pernah saya tanyakan pada diri saya satu masa dahulu. Saya terfikir tentang bagaimana membazirnya saya membuang duit untuk perkara yang bukan keperluan saya sekarang. Mujur saya mengikuti bahan bacaan perancangan kewangan dan sedar betapa pentingnya takaful bagi seseorang muslim itu.
Hidup dalam dunia yang memerlukan wang, setiap orang harus bekerja mencari pendapatan. Pendapatan itu penting bahkan sangat sangat penting bagi seorang suami, ayah dan anak yang baik. Dengan pendapatan tersebutlah, seorang suami harus membelanjakannya untuk isteri tercinta. Dengan pendapatan tersebut juga lah seorang ayah gunakan untuk pendidikan anak-anaknya. Dan dengan pendapatan tersebut juga seorang anak peruntukkan demi emak ayah. Walauapapun sebabnya, pendapatan adalah sangat penting. Kehilangan pendapatan bermakna hilanglah kebolehan mereka-mereka yang bertanggungjawab di atas.
Nampak tak betapa besarnya impak sekiranya anda sudah tidak berpendapatan hari ini? Kelak, bagaimana anda dapat menguruskan perbelanjaan harian tanpa wang pendapatan? Bagaimana pula orang lain dapat menjaga anda sekiranya anda sakit dan tiada pendapatan?
Sekiranya anda telah mati semalam, apakah jalan sukar atau senang yang harus keluarga anda tempuhi? Kesedihan hati akibat pemergiaan orang tersayang boleh berlalu dalam 3 bulan sahaja. Namun kesedihan dan kesukaran menguruskan kehidupan mereka yang tersayang akan berlarutan lebih panjang.
Justeru, setiap muslim harus mengambil peluang ini untuk mendapatkan takaful perlindungan. Oooohh, ingatlah wahai saudara-saudaraku, mengambil takaful bukan bermakna sekadar melepas batuk di tangga. Anda harus melihat kembali polisi dan apakah perlindungan yang diberikan? Perlindungan takaful yang teguh dan solid adalah keperluan sejati. Amatlah rugi jika takaful yang anda sertai gagal memberikan perkhidmatan segera dan terbaik!
Akhir kalam, lihat kembali polisi insurans anda. Cuba bayangkan anda sekarang berada di hospital untuk menjalani pembedahan segera disebabkan sakit jantung. Adakah kos pembedahan anda juga akan ditanggung pihak insurans atau sebaliknya? Bagaimana jika sakit kritikal anda tadi tidak memungkinkan anda mencarum lagi? Pastikah polisi perlindungan diteruskan atau terus dibatalkan sebab anda gagal membayar akibat sakit kritikal?
Jika jawapannya tidak pasti, pastikan segera dengan menghubungi saya. Khidmat konsultasi percuma selagi anda yakin anda masih sihat. Gunakan borang Ingin tahu Tentang Takaful di sebelah untuk bantuan.
No comments:
Post a Comment