Assalamualaikum, Ramadhan adalah bulan mulia. Bulan ini umat Islam diwajib berpuasa selama sebulan bermula 1 Ramadhan hingga akhir Ramadhan 29 atau 30 Ramadhan. Bagaimana Nabi berpuasa. Kita perlu tahu cara-cara nabi Muhammad s.a.w berpuasa.Apa yang nabi buat, apa yang nabi larang, apa ibadat nabi. Berikut ialah cara-cara nabi berpuasa seperti yang di bincang oleh Ustaz Amin.
Nabi berpuasa dengan menjaga lima perkara:-
1. Dengan menunaikan juga perkara wajib yang lain.
Ramai orang berpuasa, tapi sembahyang tak jaga, lepas sahur tidur balik, banguh pukul 8 pagi baru solat. Ada yang tidur, dari pukul 10 pagi, sampai pukul 6 petang, baru bangun. Zohor ke mana, asar pun lambat.

Jadi, Nabi berpuasa dengan menjaga perkara wajib yang lain. Wajib itu banyak kategori.
i. Perkara wajib dalam diri
sembahyang, menuntut ilmu, zakat,
sembahyang, menuntut ilmu, zakat,
ii. Perkara wajib dalam keluarga
Nafkah, menjaga keluarga, mendidik keluarga
Nafkah, menjaga keluarga, mendidik keluarga
iii. Perkara wajib pada masyarakat
Menjaga keamanan masyarakat
Menjaga keamanan masyarakat
2. Menjaga diri dari yang haram
Nabi berpuasa dengan menjaga perkara yang diharamkan seperti berdusta, mengumpat, sumpah palsu, memandang dengan syahwat. Jika seorang isteri menjadi derhaka, jika seorang anak menjadi anak yang derhaka, jika suami menjadi suami tidak menunaikan tanggungjawab.

Kepentingan menjaga perkara haram ini hingga Nabi pernah berkata bahawa, ramai orang yang berpuasa tidak ada apa bagi puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.
3. Membanyakkan amalan yang sunat
Banyak benda sunat yang disuruh kita buat seperti bersahur memperbanyakkan sembahyang sunat memperbanyakkan membaca quran, menghadiri majlis Ilmu, bersegera berbuka ketika telah masuk waktu, solat tarawikh, solat malam dan lain-lain lagi.

4. Menghindarkan yang makruh
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zohor dan sebagainya
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zohor dan sebagainya
5. Memikirkan kebesaran Allah
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakkur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya.
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakkur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya.
Dengan banyak mengingati Allah, maka hati ini akan terus dibimbing oleh Allah swt.
Inilah lima perkara, bagaimana Nabi berpuasa. Semoga dengan mencontohi Nabi berpuasa, kita akan lebih menjaga kualiti puasa kita. Semoga, ketaqwaan yang dikurniakan kepada orang yang berpuasa, diberikan kepada kita, dan semoga Allah terus memberikan kebaikan kepada kita di dunia mahupun di akhirat.
Dipetik dari ustaz Amin
Sama sama kita hidup sunnah
ReplyDelete