24 July 2012

Manfaat Puasa Dari Sudut Kesihatan



Mari kita melihat kepada kata-kata hikmah dan nasihat daripada pemikir-pemikir tersohor Islam yang menyentuh aspek puasa dan pemakanan :-


Lugman Al-Hakim berkata kepada anaknya,
“Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan
hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”


Abdullah bin Mas’ud menyatakan,
“Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”


Al-Hasan Al-Bashri berkata,
“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”
“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”


Kesimpulan dari penyataan tersebut, rata-rata menyatakan bahawa kawal pemakanan kita kerana terlebih makan boleh membuat otak kita lembab dan badan rasa malas. Dari sini kita dapati bahawa berpuasa itu banyak kebaikkannya terutama dari sudut kesihatan.


Hasil daripada kajian yang dibuat oleh 2 pengkaji Islam dari Syria menyatakan bahawa dengan berpuasa antaranya dapat :
  1. Memberi peluang kepada sistem penghadaman daripada terus berfungsi tanpa henti.
  2. Dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa.
  3. Berpuasa dapat mencergaskan badan dan minda kita.
  4. Menolong melambatkan proses penuaan.
  5. Membantu proses perkumuhan dan dapat menghapuskan toksid atau racun di dalam badan kita.
  6. Berpuasa membolehkan organ-organ badan kita mengemaskini sistem pemprosesan supaya ia dapat berfungsi semula dengan berkesan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...