Yang pasti, bulan Ramadhan ini, anda perlu juga mengawal kewangan dan perbelanjaan anda. Janganlah pula perbelanjaan kita lebih banyak di bulan ramadhan berbanding bulan-bulan yang biasa. Lebih-lebih lagi sebagai muslim yg beriman, kita diseru untuk berjimat cermat dan tidak menurut hawa nafsu terutamanya ketika berbuka puasa. Jangan sampai nafsu berbuka mengatasi segalanya.
Berikut adalah beberapa tips yang praktikal untuk berjimat di bulan puasa:
Tips 1: Masak sendiri di rumah
Menjadi suatu yang janggal sekiranya anda tidak ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Betul ke? Untuk penjimatan maksimum, anda tidak perlulah ke bazaar ramadhan sebaliknya masak sahaja juadah berbuka seperti masak makan malam seperti biasa.
Sekiranya anda masih bujang dan berkongi rumah dengan kawan-kawan, bolehlah kumpulkan wang untuk membeli bahan mentah dan masak sendiri. Sudah tentu jimat
Tips 2: Merancang perbelanjaan di bazaar ramadhan
Saya tidaklah menghalang anda untuk ke bazaar ramadhan. Sekiranya anda ingin ke sana, silakan. Tiada masalah. Cuma, pastikan anda membuat perancangan sebelum ke bazar. Buat senarai makanan atau barang yg nak dibeli beserta anggaran kos. Sediakan jumlah wang yg diperlukan sahaja di dalam dompet atau beg tangan anda. Jadi, anda hanya membeli makanan seperti dalam senarai anda dengan jumlah wang yang ada di tangan anda sahaja. Semasa inilah kejujuran dan disiplin anda bakal diuji kerana sesungguhnya membeli makanan ketika sedang lapar tidaklah mudah. Lebih-lebih lagi tika nafsu makanmu meluap-luap
Tips 3: Berbuka di masjid/surau
Inilah cara paling jimat untuk berbuka puasa. Paling best jika ada masjid atau surau yang menyediakan juadah berbuka sepanjang bulan ramadhan. Ini strategi yang biasa diguna pakai oleh penuntut IPT. Saya dulu-dulu pun buat macam tu tapi bukanlah hari-hari yer
Selain itu, anda juga boleh dapatkan bubur lambuk secara percuma di masjid/surau tertentu. Boleh bawak balik untuk berbuka ataupun bersahur. Perjimatan 2 kali ganda. Hehe
Yang penting, niat kena betul dan mengikut syariat. Barulah dikira sebagai amal yg soleh
Tips 4: Elak berbuka puasa di hotel
Berbuka puasa di hotel adalah trend masa kini. Masa saya kecil-kecil dahulu memang takda pon budaya ini. Sekiranya anda nak berbuka puasa di hotel pon, tunggulah bila ada orang atau company yang belanja (kalau ada lah). Kalau tidak , anda perlu membelanjakan lebih RM40 seorang untuk berbuka puasa. Kalau seorang sahaja makan takpalah, tapi kalau anak dah 9 orang, tambah lagi dengan mak ayah kita, banyak tu. Tepuk dada, tengoklah status kewangan anda. Kalau anda mampu tidak mengapa, kalau tak mampu ukurlah baju di badan sendiri J
Tips 5: Fokus kepada ibadah dan elak ber”shopping”
Ketika bulan ramadhan inilah usahawan yang menjual makanan, kurma, kuih raya, baju raya dan lain-lain mengaut keuntungan disebabkan permintaan yang tinggi. Sehinggakan kita sebagai pembeli berkali-kali keluar di waktu malam dan siang (atau ada yg tak pergi solat terawih dan solat jemaah) untuk membeli barang-barang keperluan untuk raya. Inilah alasan biasa yang saya dengar.
Cadangan saya, belilah baju raya dan kelengkapan lain sebelum ramadhan. Biarlah tinggal sedikit sahaja barang-barang nak nak dibeli menjelang aidilfitri nanti. Taklah nanti kita disibukkan dengan ‘shopping’ hingga lalai dalam beribadah di bulan ramadhan. Fokus kepada ibadah dan letakkan matlamat yang tinggi di bulan ini. Kesannya, anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda dan dapat berjimat dengan tidak membeli barang-barang yang tidak perlu setiap kali keluar “shopping”.
Akhir kata, rebutlah peluang berjumpa dengan ramadhan pada tahun ini dengan sebaik-baiknya. Belum tentu kita masih berpeluang untuk merasai Nikmat ramadhan pada tahun hadapan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun yang lalu.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:183)
“Barangsiapa mendirikan puasa ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari & Muslim)
“Seorang hamba yang berpuasa dalam sehari di jalan Allah, maka akan dijauhkan Allah orang tersebut pada hari itu wajahnya dari neraka sejauh 70 musim dingin.” (HR Bukhari & Muslim)
“Sesungguhnya puasa itu perisai. Maka jika salah seorang dari kamu berpuasa, jangan berkata keji dan kasar. Kalau dia dicela atau hendak diperangi seseorang, hendaklah ia berkata, sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Selamat berpuasa dan beramal!
Ikhlas,
MUHAMMAD IRFAN
Perancang Takaful Anda
Terima kasih utk tips..
ReplyDelete