17 July 2011

Pengorbanan Wan Suhana jaga suami terlantar sakit

Utusan Malaysia Online - Timur

Pengorbanan Wan Suhana jaga suami terlantar sakit


Wan Suhana Wan Mamat menunjukkan perut Mat Nawi Mat Yusof yang membusung akibat penyakit Hepatitis B dan C di rumahnya di Kampung Kutan Sungai, Tumpat, semalam.


TUMPAT 7 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dialami oleh Wan Suhana Wan Mamat, 42, yang terpaksa berhenti kerja semata-mata bagi menjaga suaminya terlantar sakit akibat penyakit Hepatitis B dan C, sejak 13 tahun lalu.

Menurut Wan Suhana, suaminya, Mat Nawi Mat Yusof, 46, yang menderita penyakit tersebut sejak 13 tahun lalu dan keadaannya menjadi lebih kritikal sejak akhir-akhir ini.

Katanya, dia terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suaminya itu sepenuh masa selain dapat mengurus tiga anaknya yang masih bersekolah.

Jelasnya, dia ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, namun ia tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan suami dan kehidupan mereka sekeluarga.

"Dengan wang bantuan ini, saya membeli lampin pakai buang dan susu untuk suami serta menampung perbelanjaan seharian serta persekolahan anak-anak.

"Bukan saya tidak mahu bekerja, tetapi kalau saya keluar kerja, siapa pula yang akan menjaganya. Suami saya perlu diusung untuk bergerak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kutan Sungai, dekat sini hari ini.

Menurut Wan Suhana, sejak penyakit suaminya itu dikesan, hospital menjadi rumah kedua mereka.

Jelasnya, sejak dua bulan kebelakangan ini, keadaan kesihatan suaminya semakin buruk dan dia hanya mampu terbaring.

"Akibat penyakitnya itu, dia sering koma sehingga ada ketikanya tidak sedarkan diri selama dua hari. Keadaan itu sangat mencemaskan kami sekeluarga.

"Menurut doktor, dia hanya boleh diselamatkan sekiranya melakukan pembedahan pemindahan hati, tetapi mustahil untuk mencari penderma," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Wan Suhana boleh menghubunginya di talian 013-9446567.

2 comments:

  1. Penyakit Hepatitis B cover dalam Insurens Prudential BSN ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cover asalkan ambil sebelum terkena penyakit tersebut...tetapi tidak layak mendapat pampasan untuk penyakit kritikal.

      Boleh refer di sini untuk keterangan lanjut.
      http://perancangkewangananda.blogspot.com/2011/06/36-jenis-penyakit-kritikal.html

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...