17 July 2011

1,320 sakit kronik

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak


1,320 sakit kronik

KOTA KINABALU 9 Julai – Seramai 1,320 pesakit buah pinggang kronik di Sabah memerlukan bantuan daripada penderma bagi meringankan beban mereka membiayai kos rawatan, termasuk perbelanjaan pemindahan buah pinggang.


Yang Dipertua Yayasan Buah Pinggang Sabah (YBPS), Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kos pemindahan buah pinggang di negara ini adalah antara RM60,000 dan RM70,000 manakala pembedahan di luar negara mencecah RM200,000 hingga RM250,000.


‘‘Perhatian daripada ahli keluarga bagi memastikan pesakit berpeluang meneruskan kehidupan sangat penting. Ia termasuk bersedia mendermakan buah pinggang mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian sumbangan Yayasan Buah Pinggang Sabah di Hotel Magellan Sutera di sini, semalam.


Pada majlis itu, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda), Datuk Susan Wong Siew Guen menyampaikan RM10,000 bagi mengisi tabung YBPS.


Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap, pihaknya akan dapat mengumpul RM700,000 bagi mengisi tabung YBPS.


Menurutnya, hasil usaha dan kerjasama YBPS dengan Kementerian Kesihatan, hampir kesemua hospital di Sabah telah dilengkapi mesin hemodialisis bagi memudahkan pesakit buah pinggang menjalani rawatan mingguan.


Dalam pada itu, Lajim turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan, khususnya pemakanan bagi mengelak diserang penyakit buah pinggang.


Beliau menambah, seramai tiga hingga empat pesakit buah pinggang baru dikesan di Sabah setiap bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...