Permulaan Tahun 2012 ini adalah masa untuk anda merenung kembali matlamat tahun 2011 dan mengukur sejauh mana pencapaian anda. Tahun baru,apa sebenarnya yang anda ingin capai? Apa yang anda ingin lakukan?Berapa banyak pendapatan yang anda ingin perolehi? Apakah perubahan yang ingin laksanakan untuk tahun baru?
Jika difikirkan, anda akan mendapati matlamat yang sama ditetapkan setiap tahun. Sesetengah daripadanya tidak pernah tercapai tetapi anda masih terus menetapkannya setiap tahun.Tahun ini ambil pendekatan yang berbeza dan menyifatkan penetapan matlamat tahun 2012 sebagai peluang baru untuk mencapai sesuatu yang tidak pernah anda capai!
Pengurusan Terbaik Tahun Baru Adalah Menetapkan Tempoh Waktu
Aspek yang paling tidak dihiraukan adalah penetapan masa untuk mencapai matlamat anda, daripada catatan di atas kertas menjadi realiti. Tulis matlamat anda dan kemudian tetapkan batas waktu untuk mencapainya,ini memerlukan rancangan tindakan, bukan sahaja membolehkan anda mencapai matlamat anda tetapi juga melakukannya dalam jangka waktu yang ditetapkan! Bagi yang telah mencapai matlamat di luar jadual waktu yang ditetapkan.Anda tentu faham ,ia menyeronokkan tetapi tidak mengghairahkan!
Adakah anda sedar kebanyakan jualan yang dilakukan setiap suku tahun diperolehi pada bulan terakhir? Adakah anda sedar bahawa akhir tahun kewangan mencatat hasil jualan yang tinggi kerana semua orang ligat berusaha untuk mencapai sasaran? Adakah anda sedar,seluruh pasukan lebih kuat bekerja menjelang akhir kitaran waktu bila pemberian insentif seperti bonus semakin hampir?
Tahun Baru tidak perlu menggunakan kayu pengukur. Anda hanya perlu menggunakan kalendar!
Apabila anda menetapkan matlamat untuk tahun baru, pecahkan kepada matlamat suku tahunan atau bulanan. Mulakan dengan memikirkan apa yang anda benar-benar ingin capai dari segi jualan, dari segi pendapatan, dari segi perhubungan, dari segi keluarga dan sebagainya. Pecahkan mengikut keutamaan dan turutan. Kaitkan kejayaan anda kepada sebanyak mungkin aspek dalam hidup anda. Apakah matlamat “kualiti hidup” anda? Adakah anda akan pergi bercuti? Ke mana? Dengan siapa? Bagaimana? Dan paling penting sekali, bila?
Keluarkan kalendar dan pen penanda. Mulakan dengan menulis batas waktu untuk anda mencapainya.Bila anda akan membeli kereta baru? Bila anda akan memecahkan rekod jualan untuk syarikat? Bila anda akan mendapat akaun besar yang anda usahakan selama dua tahun? Bila anda akan menurunkan berat badan? Bila anda akan menjadi jutawan beriman?
Jika anda benar-benar mahu membawa perbezaan kerjaya atau kehidupan anda pada Tahun Baru 2012, tetapkan tarikh bagi semua pencapaian yang anda ingini. Pastikan menulis matlamat dengan had waktu dan rancangan tindakan. Dapatkan “satu atau dua kemenangan” setiap bulan dan bukan cuba mencapai kesemuanya di akhir tahun 2012.
Sesuatu yang menakjubkan berlaku bila menetapkan matlamat, merancangkan tindakan, bertindak dan mencapai apa yang anda inginkan .Tahun baru akan mengubah hidup dan segalanya bermula dengan menetapkan batas waktu! Selamat Tahun Baru 2012!
No comments:
Post a Comment